25 March 2011

Cerita Sedih Hari Ini

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


* entry ini akan penuh dengan kekecewaan diri sendiri, nak baca boleh, taknak baca pun boleh*


Dah lama rancang nak balik sama-sama Temerloh hari ni dengan boyfi, lama gila tak jumpa. last jumpa cuti raya cina hari tu, itu pun sekejap je boleh jumpa.
Dah siap belikan hadiah birthday lagi nak bagi dia, tak sabar sangat nak jumpa.


Tapi pagi tadi, tengah aku duk syok layan tidur, tengah mimpi best-best, tiba-tiba bunyi telefon.
boyfi : Anis tak bangun lagi ke? bangun..bangun..
Anis  : Erm.......( suara ngantuk) bangun dah ni..
boyfi : B ada benda nak cakap ni..
Anis : Ape? terus segar dan rasa tak sedap hati
boyfi : PTPTN datang hari Ahad ni, macam mana b nak balik.
Anis  : ( terus senyap dan menangis)

Mesti korang pikir aku ni gedik kan tapi serius sedih gila, sangat-sangat berharap dapat jumpa dia.
 Dah macam-macam plan nak buat esok. Lepas tu boyfi call balik, dia kata dia balik gak. Dia kata, dia balik semula ke Penang hari sabtu malam. Gila letih. Aku cakap, tak pe la kalau tak dapat balik, aku tak kisah (cehhh, padahal dalam hati tu Tuhan je tahu)

dalam pukul 11 am, boyfi aku kol dan cakap rupanya salah info pasal PTPTN nak datang hari Ahad tu, so dia boleh la balik. Hoooray...

my boyfi ambil tiket pukul 12 dari mana ntah ke KL, jadi dia kena sampai KL sebelum pukul 8 pm sebab bas last pukul 8 pm. Tapi tadi pukul 7.00 pm, my boyfi baru sampai di Jalan Duta, dah lah dia tak biasa jalan KL tu. Naik bas rapid, naik LRT, sampai la dia kat Pekeliling nak naik bas ke Temerloh dalam pukul 7.45 pm.
Aku ada post sesuatu di fb. baca dulu....


My boyfi tak dapat bas ke Temerloh, tiket dah habis dan akan tidur rumah abang dia malam ni. Coment kak Yaya yang 2nd last tak akan berlaku sebab aku tahu Nurudin tak akan bertolak pagi, kalau pagi pun , at least dia sampai Temerloh dalam pukul 12. Entah dapat ke tidak jumpa dia esok.. uwaaaa...

Sekali lagi air mata aku menitik :'(



12 comments:

sharifahzakiah said...

Alahaiiii...sabar eh dear . Insyaallah bley jumpe dye k . jgn sdeh2 tau..

a n a . i z z t y said...

berdoa mudah-mudahan semua nya berjalan dengan lancar...insyaAllah.. :)

Si PaNdA cUtE said...

sabar eh...doa la banyak2 agar apa yg kita plan semua ny jadik..

Anis Adila Aris said...

@syarifahzakiah

erm..
dah habis dah sedih..layan cite korea lak :)

Anis Adila Aris said...

a n a . i z z t y

aminnnn.. harap begitulah :)

Anis Adila Aris said...

Si PaNdA cUtE

tak berhenti2 doa nie :)

cik najihah said...

dear..soryu aku x balas mcg...be calm oke...hoping the best for u ol

Anis Adila Aris said...

cik najihah

its ok dear....
tq tau :)

nabila faryzza said...

nudin selamat punya laaa.
btw, UNTUNGLAH dapat dating. kte ni, ntah bape lama lagi nk tunggu ntah. haish! :(

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

alolo...ciannyer kamo dear..sabo ehhh :( nnt cik bunga pon sdih gakk.wuuu..

Anis Adila Aris said...

nabila faryzza

eja..dah selamat pun datingnye..haha

Anis Adila Aris said...

♥.::cintabunga™blogspot::.♥

tak sedih dah cik bunga, dah jumpa td :)