27 March 2011

Belog Zaman Dulu-Dulu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Aku dah sampai kat hostel ni. Tak payah la risau, aku selamat. Ye aku tahu tak ada orang yang tanye, saje nak cakap. Belog aku, bukan belog kau. (tiba-tiba macam nak cari gaduh)


Tadi saja blogwalking kat belog sendiri, apa kejadahnye lah aku pun tak tahu. Lepas tu tengok-tengok sidebar belog aku ni. Tertarik dengan Cerita Belog Ini.


benda alah ni la aku cakap tu


Korang nampak tak perbezaan waktu dulu-dulu dengan waktu sekarang, aku cakap macam dah berabad aku buat belog ni. Padahal baru setahun lebih, kalau ada anak ni baru pandai berjalan. 


Masa mula-mula buat belog, sebulan beberapa entri je yang aku post, ada jugak yang aku tak post langsung. Biasalah waktu tu mentah lagi, tak tahu nak buat apa dengan belog ni. Orang ada belog, kita pun nak tapi tak tau nak buat apa dengan belog sendiri. Sejak dua menjak ni baru nak bergiat aktif. Kalau dari dulu aku macam ni, mesti follower aku dah beriban kan, mesti tergolong dalam golongan blogger popular kan, mesti duit nuffnang aku dah beriban, mesti uv aku dah berpuluh riban sehari, betapa materialistiknya fikiran Anis Adila Aris. 


Kalau tengok isi-isi entry pun sangat la berbeza zaman dulu-dulu dengan sekarang. Malu pun ada tapi tu la permualaan aku sebagai blogger. Dulu belog aku ni tergolong dalam belog yang tidak disukai , dengan entry panjang lebar, tulis perkataan singkatan, tak ada yang menarik perhatian. 
Tapi sekarang dah cuba ubah sikit-sikit, banyak belajar dari senior-senior dunia belog ni.


Pissssstttt : Belog berubah tapi tuan belog tetap sama :)


tak pernah berubah
Anis Adila Aris :)










5 comments:

HAJAR hasan said...

wah! makin lama makin banyak. hebat lah tu. keep blogging ya. ;)

sabenazakey said...

tuan belog tetap cun dan hot!!!

sabenazakey said...

nmpak ketara betol perbezaannya,.

Anis Adila Aris said...

HAJAR hassan

better la dr dulu..hehe

Anis Adila Aris said...

sabenazakey

tak hot mane lah..:)
berbeza kan..macam ape ntah waktu dulu-dulu