18 March 2011

Belog Yang Tak Disukai

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Sejak dua menjak ni asyik sangat masuk contest, tak ada pun entry-entry yang memerlukan aku perah otak nak taip. Mesti bosan, bukak je belog Anis Adila Aris  mesti pasal contest.
Hari ni aku nak kongsi dengan korang jenis-jenis belog yang aku tak beberapa suka nak baca.
Ceh..cakap bajek macam blogger popular aje.




Yang pertama belog yang lambat loading
Bila nak bukak belog orang ni punyalah lama, ada la dekat setengah jam. Kadang-kadang tu sempat buat
 kerja-kerja lain dulu, barulah boleh bukak. jadi, pastikan korang guna tempalate yang tak berat sangat. Kalau boleh benda-benda yang tak penting tak payah nak letak.

Yang kedua, belog yang sarat sangat dengan macam-macam
kalau ikutkan segala benda nak letak dalam belog tu. Semua gadjet yang ada nak letak dalam belog. Bukan apa, belog akan jadi serabut dan sakitkan mata orang yang melihat. Kadang-kadang template tu yang buat belog jadi serabut. Tak payah la nak vogue sangat, buat simple-simple aje tapi sedap mata memandang.

Yang ketiga, belog yang tulis bahasa rempit..euwwwwww
Yang ni paling aku menyampah sekali. Kalau nak tulis belog, nak bagi orang baca, cuba la tulis elok-elok. 
Ini tulis macam ni.. 
hary niew sayer jumpew dye kat bndr...sukewt sgt sebab dye tgr sayer. 
Tak ke rasa nak muntah darah bila bace. jadi mintak tolong sangat taip dengan elok, gunakan ejaan yang betul.

Yang keempat, entry panjang berjela
Entry panjang tak pe tapi kalau dari awal sampai akhir tulisan aje, tak ada pun nak selit-selit gambar ke, tulisan cantik-cantik ke. Syok sendiri je menaip. Kau ingat aku cikgu BM kau ke?
Please, kalau nak buat entry yang panjang berjela, sila lah buat perenggan, boldkan isi-isi penting dan letak gambar sikit-sikit. 

Yang kelima, belog yang lagu tapi tak boleh nak pause.
Tak kisah nak letak lagu tapi cuba letak yang boleh nak pause .Aku menyampah kalau belog tu ada lagu pastu letak video nak suruh tengok. Tak ke lagu tu dah kacau sound video tersebut?


Setakat ni, ada 5 jenis belog je yang aku tak berapa suka nak singgah. Kepada blogger baru, sila setting ni


Pertamanya sila ikut Step sekiranya korang belum buat:

1. Buang Verification for Comments dengan menggunakan step ini

Dashboard > Settings > Comments > Show Word Verification Words > No

2. Buat Comment form korang sebagai Pop-up dengan menggunakan step ini

Dashboard > Settings > Comments > Comment For Placement > Pop-up window

3. Sesetengah terlupa tentang ini Adult Content . Disablekan dengan step ini

Dashboard > Settings > Basic > Adult Content > No

4. Sesetengah newbie juga terlupa tentang ini . Comment Show or Hide ?

Dashboard > Settings > Comments > Comments > Show

5. Ramai antara blogger lupa tentang ini Setting URL pada Widget Follower

Dashboard > My Account > Edit Profile > Link > Isikan URL korang

Credit to Sahabat Blogger dan http://fahmiehyperlink.blogspot.com/


Kepada yang terasa tu silalah ubah ye, aku just nak kongsi aje benda ni. 
Tapi kalau taknak, tak kisah. Yang tak disukai belog korang bukan belog aku:)

23 comments:

mahirahnazlim said...

paling tak best la kalau masuk blog yg lagu tetiba jer . kalau soft tahan gak ni dah gaya heavy metal HAHA terus close

.::cintabungablogspot::. said...

nice info yang bawah tu dear :) cik bunge ade tak buat 1 bende tadi, tapi da ikut nasihat cik anis gojes dah! heheh.. tenggsss :)


nak mintak share boleh?

Anis Adila Aris said...

mahirahnazlim

same la kite..
kadang-kadang kena slow kan volume speakers laptop..

Anis Adila Aris said...

.::cintabungablogspot::.

boleh .. :)

Eyqasara said...

stuju2... tapi no 5 tu kiter wat laaa... adesss.. hihihi... tapi lagu slow molow tak pe kot.. ley x??? klu awk xsuke sy dlete.. hihihi... thnx info.. :D ngee~

Anis Adila Aris said...

Eyqasara

eh..eh... tak pe kowt lagu slow2..
hehe

akuNAJWA said...

kak, blog saye camner? berat tak? -__-

Anis Adila Aris said...

akuNAJWA

jap..jap nak cube angkat..eeyyahhh..
tak ada la dear, ringan aje..
kejap je dah loading :)

.::cintabungablogspot::. said...

dear... nie tag share entry. heheh..


http://ikmalira87.blogspot.com/2011/03/perhatian-hati-kalau-taknak-kene-marah.html

Harris DeLonge said...

blog saya akak? :)

Anis Adila Aris said...

Harris DeLonge

belog kamooo ambil masa 10 saat nak bukak :)

cik najihah said...

wah..hanget ni..hihi..

Anis Adila Aris said...

cik najihah

haha..hangit ke hangat ???

AMIRA NADIA said...

P0st yg menarik sh0mel .)

Anis Adila Aris said...

AMIRA NADIA

tq dear :)

Zulfahmi Abidin said...

terime kasih buat entry yg dapat membantu blogger2 baru .^_^ tengs for the backlink also.^_^

. nur syakira . said...

like this!! ^^

fara said...

sudah bace...commen cikit blog ak wei..haha

Mrs. Farhan said...

Wahhh, nice info. Tapi yg 1st tu. x tau la blog saya berat ke x.huhuhu

http://sayasibudakopto.blogspot.com/

cik azeya said...

ahaha. setuju! :)

Bluewendy said...

tips yg bagus!!

japarjamal said...

like!

narumi sakura said...

thnks for the info..mntak share tip last tu bolh ??hehehe