20 March 2011

Awat Kau Sombong Sangat?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Korang pernah tak kena tuduh yang korang ni SOMBONG?
Kalau tanya aku, ada la jugak tapi tak selalu. Contohnya..


Semalam kawan aku cakap ada pembaca belog ni kata aku sombong sebab dia tegur tapi aku tak layan.
Mintak maaf sangat-sangat kepada empunya diri, kalau tegur kat shoutbox, kalau pertanyaan aku akan jawab, kalau just tinggal jejak, aku just baca aje. Tapi kalau tinggalkan komen kat entry, aku cuba sehabis baik balas balik komen korang. 

Jadi terdetik hati nak cerita pasal SOMBONG.

”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]
”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman:18] 
Ya Allah, mintak sangat-sangat dijauhkan. Kadang-kadang kita ni bukanlah SOMBONG tapi manusia ni cepat sangat judge seseorang.
Meh aku nak kenalkan orang SOMBONG macam mana orangnya.


Bila kita senyum, dia buat BODOH !


Muka adalah lebih kurang macam gambar kat atas. Kita ni dah senyum sampai ke telinga dah kat dia tapi dia boleh pulak buat muka selamba aje, takpun terus pandang tempat lain. Tak ke rasa panas je hati. Lagi bengang kalau kawan sebelah cakap " kau senyum kat sape? gila ke senyum sorang-sorang? "


Kenal tapi buat tak kenal
 Benda ni selalu jadi kalau dah lama tak jumpa. Sebagai contoh..
Leha : Eh Peah kan? kenal aku tak? 
Peah : Ha? ape ni? Kau sape? (muka bajek gila)
Leha : La, aku Leha la kawan satu sekolah rendah dengan kau.
Peah : Eh ye ke? Entah la, aku rasa tak kenal kau pun. Ok bye. (bla macam tu je)


Kalau la aku kena macam tu, memang aku dah bagi makan selipar dah. Walaupun tak ingat, buat je la macam ingat, tanya la khabar ke. Ini tak, bla macam tu aje. 


Jadi kawan-kawan yang dikasihi, janganlah kita sombong. Tak rugi pun kita berbuat baik kat orang, tak rugi pun kita senyum kat orang. Senyum tu kan sedekah. ;)










10 comments:

JIJI YU said...

ehehhe..sombong ek..

cik najihah said...

huhu...aku selalu kne cop sombong...bile da kwn baru kate o xknl make x cinte haha..
btw ko sombong ke..ngee

sharifahzakiah said...

pesanan ikhlas dari blogger HOT : Anis Adila :) tehehe thnks dear :)

Anis Adila Aris said...

JIJI YU

eh tak la..tak..tak ( geleng-geleng kepala)

Anis Adila Aris said...

cik najihah

tue la muka bajek ag..haha
mesti la Anis Adila Aris tak SOMBONG!!!

Anis Adila Aris said...

syarifahzakiah

welcome dear :)
HOT ke???? hehe

Aisya Rahim said...

pernah kena cop sombong,sbb selalu jalan tak pandang org.sebenarnya rabun :D

RaraPuing said...

nice blog babe
rara singah sini & folow jugak.
da mase meh la singah blog rara
puingcinta.blogspot.com

Anis Adila Aris said...

Aisya Rahim

haha..mmg tak leh nk buat ape la klau tak nmpak kan...melulu je la

Anis Adila Aris said...

RaraPuing

tq dear :)