21 March 2011

Ajal Tu Bila-Bila Je Allah Boleh Tarik

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).


Korang pernah terfikir tak pasal MATI? Bila masa kita MATI? Macam mana jenis kematian akan kita alami tu? Kemalangan ke, sakit ke, apa-apa la. 
Dekat mana la masa kita MATI?


Kematian tu kita tak tahu bila, entah hari ini, hari esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. 
Aku kalau pikir pasal keMATIan ni, mesti macam-macam yang terlintas dalam kepala. 
Cukup dah ke amalan aku nak bawak ke kubur? 
Terpikir pasal dosa-dosa yang aku sendiri pernah buat, macam mana azab aku di alam barzakh nanti, apatah lagi azab di akhirat.
Sempat ke aku nak bertaubat sebelum dijemput Illahi 
Dulu Ustaz aku pernah cakap, orang yang diculik dan dibunuh tu untung kerana dia tahu bila ajalnya. Mesti dalam tempoh dia diugut, dia sempat bertaubat. Kalau meninggal sebab kemalangan, apa yang boleh kita buat?

Bagi aku beruntungnya orang yang sakit dan tahu bila ajalnya akan tiba, sempat dia bertaubat dan perbanyakkkan amalan tapi kita yang sihat sempurna ni masih lagi terlupa dan berseronok tak ingat bahawa bila-bila je Allah boleh tarik nyawa kita.


Oleh itu start dari sekarang, jom lah kita buat amalan yang boleh manfaat kepada kita di dunia akhirat iaitu 3 perkara 


1. Sedekah Jariah
2. Ilmu yang boleh bawa manfaat kepada orang lain
3. Doa anak- anak yang soleh


Paling penting lakukan suruhanNYA dan tinggalkan laranganNYA. Bertaubatlah kalau kita pernah buat kesilapan.


4 comments:

Nasriq said...

tak lewat sesaat, tak cepat sedetik, mati itu pasti...

cik najihah said...

terbaek :)

Anis Adila Aris said...

Nasriq

betul sangat-sangat !
i loike :)

Anis Adila Aris said...

cik najihah

tq dear :)