31 March 2011

Saya Mahu Jadi Blogger HOT

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



Sebelum ni ada cakap nak buat bloglist, dan setelah tengok follower sudah seramai 333 orang, jadi dengan ini aku mengumumkan bloglist Anis Adila Aris telah dibuka tapi namanya bukan bloglist tapi 
Blogger HOT di Belog Anis Adila Aris.


Senarai link belog blogger yang sertai Blogger HOT Anis Adila Aris ini akan dipamerkan di side belog ini.
Syarat-syarat nak jadi blogger HOT ni senang aje, 


 Buat satu entry yang bertajuk 

Saya Blogger HOT di Belog Anis Adila Aris
 Letakkan banner di atas dan letak link belog Anis Adila Aris
 Lengkapkan ayat ini.. Saya mahu jadi Blogger HOT di Belog Anis Adila Aris  kerana........... ( ikut korang la nak   panjang mane)
Follow Belog Anis Adila Aris dan like page Belog Anis Adila Aris.
 Tag kepada 2 orang
 Tinggalkan link korang di comment entry ini


Tujuan Blogger Hot di Belog Anis Adila Aris ni adalah untuk merapatkan hubungan antara blogger dan senang nak blogwalking.
Tarih tutup penyertaan ialah paper last final exam aku sem, ditukarkan kepada 31 Mac ni :)


pissssstttt : takut la tak ada yang join :( kalau tak ada sambutan, benda alah ini akan dibatalkan 

Dunia Belog Akan Ditinggalkan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Serius aku nak bla dari dunia belog ni, merajuk la, korang taknak komen banyak-banyak, tak nak ajak ramai-ramai follow belog aku ni ha.. dah la sampai sini je la, lepas ni tak ade dah kau tengok Anis Adila Aris update entry dah, waktu tu baru korang tau betapa rindunya korang kat aku ni. 


Dah la Anis Adila Aris, tak payah nak buat drama lagi. Semua yang aku cakap kat atas aku tipu ye.
Sayang ooooo kat belog ni, tak kan nak tinggal camtu, banyak aku berkorban demi belog ni tapi memang aku nak tinggalkan belog ni kejap je masa waktu exam nanti. 


Maybe dalam 2 minggu atau seminggu sebelum exam korang tak nampak dah aku post entry baru tapi kalau ada gak yang aku post tu masa tu, maknanya Anis Adila Aris ni degil orangnya. Jadi korang kena tegur aku, cakap macam ni " Woi, tak sedar diri ke nak exam, tutup laptop, pergi study!!!"


maybe 2 minggu dari 28 hb tu aku dah stop
Lepas 9 Mei, aku akan buat korang muntah darah baca entry dalam belog aku, dah la cuti sampai empat bulan. Korang tengok je la nanti, baru tahu siapa Anis Adila Aris.. ceh...cakap nak hebat je, entah buat ke tidak

pissstttt : hujung bulan bb dah buat hal, nak post entry pun tak ada mood. sorry jarang update belog 





30 March 2011

Perbezaan Syarifah Amani dan Miera Liyana

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Baru-baru ni ada baca entri beautifulnara yang bertajuk Apa Beza Syarifah Amani dan Miera Liyana?


Tadi tengah jalan-jalan, tiba-tiba aku terfikirkan pasal benda ni. Entah apa faedahnya pun aku tak tahu, kalau pikir pasal belajar elok la jugak. Tapi disebabkan aku tak ada benda nak kongsi kat belog busuk ni, so aku nak bagi la pendapat aku tentang benda ni. Sebelum meh tengok gambar kat bawah ni laju-laju.


jangan nak tenung sangat la


Kalau korang tengok dua-dua gambar ni, confirm korang cakap Miera Liyana lagi seksi sebab nampak sikit breast dia, tapi bila tengok Amani macam biasa aje. Betul tak? betul tak?

Tapi cuba korang tengok dalam aspek Islam.. Kita tahu yang dua-dua ni berdosa sebab dedahkan aurat diorang kepada khalayak umum tetapi siapa yang lagi banyak dapat dosa?

Miera Liyana - Dia dedahkan sebahagian dada dia, jadi sah-sah la memang aurat antara dia dengan lelaki dan orang bukan Islam. Tapi dia dengan perempuan Islam, dia dedahkan aurat ke? Tak kan... sebab aurat antara perempuan Islam ialah dari pusat ke lutut. Jadi dia dengan perempuan Islam 0-0

Syarifah Amani - Korang mesti tengok dia biasa-biasa aje tapi bila cakap pasal aurat, dia dah dedahkan aurat kepada kaum lelaki dan perempuan jugak. Lelaki ke perempuan ke yang tengok dia, sama-sama dapat dosa.

Aku pun payah nak terangkan tapi cuba la baca banyak-banyak kali kalau tak faham. Ini pendapat aku tentang semua ni, lagipun siapa aku nak judge orang, nak cakap siapa yang dapat dosa bagai, Allah lebih Maha Mengetahui. Kalau ada yang silap dalam entri ni, aku mintak maaf la. 

pissstttt : nak ingatkan orang yang pandang aurat orang pun dapat dosa tau, jadi jangan pandang lama-lama gambar kat atas tuh :)





28 March 2011

Syarat-Syarat Sebelum Couple

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Sebelum aku couple dengan Nurudin Nazrin @ myboyfi @ budak mulut puaka ni, aku ada letakkan syarat-syarat sebelum couple. Ini kerana nak elakkan perkara-perkara yang lepas berulang lagi. 
Tak larat den nak cari bf setiap tahun. Kesian Nurudin Nazrin, time dia nak couple dengan aku ada syarat bagai.

Kalau dengar khabar angin bukan-bukan, tanya dulu betul ke tidak.
Khabar angin yang busuk ni la selalu buat sesuatu perhubungan tu terputus. Kadang-kadang bendanya tak betul pun tapi orang yang mulut busuk ni la yang buat macam-macam cerita busuk
Benda ni pernah berlaku masa cinta monyet dulu-dulu, banyak kali gak la kena. Benda aku tak buat, dikatanya buat. Ada tu, aku dikatakan couple dengan orang yang tak pernah aku kenal pun. Tak ke lara namanya. Kalau dah clash, bila tau cerita sebenar, mula la nak merayu bagai mintak maaf, nak couple balik. 
Mintak maaf la bebanyak, aku tak layan orang yang jilat ludah sendiri ni. 

Kalau ada masalah, terus je ajak berbincang
Kadang-kadang bergaduh ni bukan boleh tentu sangat puncanya. Benda kecik pun boleh jadi besar. Sebagai contoh cakap pasal " siapa lagi comel masa kecik", bila dah orang ni bidas orang ni, jadi la sakit hati, lepas tu start la gaduh. Jadi, kalau dah bergaduh ni, eloknya ajak la berbincang, seorang mengalah la sikit. Ini tak, dah la orang tu tengah berapi, kita simbah lagi dengan minyak tanah, memang tak la. 

Jangan jadi seorang yang gatal
Gatal ni banyak maksudnya, ada gatal dengan perempuan lain, gatal yang sibuk nak pegang-pegang sana-sini.Jadi dah merangkumi semua la tu.
 Gatal dengan perempuan lain tu memang la payah kita nak tahu dia buat ke tak, at least kita dah bagi warning awal-awal. Nanti tak ada la dia cakap macam ni bila kantoi " mana la i tau yang u tak bagi i rapat dengan perempuan lain, ingatkan u tak kisah". 
Gatal dengan kita tu boleh nampak, kalau kita dah warning, dia still buat, memang boleh terkeluar lah dari carta sebagai calon suami tapi semua terpulang pada kita juga, kalau kita pun sama melayan gatalnya tak boleh nak buat apa-apa lah.

Dan yang palin penting, jujur, ikhlas dan setia :)
Kalau tak ada 3 benda tu, ikhlas, jujur dan setia tak ada gunanya satu-satu hubungan tu. 
Kita mesti ikhlas terima si dia walaupun banyak kekurangan diri dia. Ye la semua orang tak sempurna. 
Kita jangan la ada rahsia, menipu dalam sesuatu perhubungan, kalau ada apa-apa cerita je, aku cerita je kat Nurudin kalau aku ada suka tengok kat lelaki lain tapi nanti mesti Nurudin benci orang tu. haha
Setia amatlah penting dalam sesuatu hubungan, orang mana yang boleh tahan kalau tahu couple dia ada orang lain.

pissstttt : Aku tahu relation aku tak ada la lama gila nak kogsi semua benda ni tapi setakat ni hubungan kitorang ok la, still macam masa mula-mula couple. Apa pun, jodoh di tangan Tuhan :)


Peminat vs Jersi

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Sejak Malaysia asyik menang je dalam perlawanan bola sepak ni, aku tengok makin ramai yang pakai jersi Malaysia, kalau tak warna kuning, mesti warna biru. 
Kalau jalan-jalan, mesti nampak je orang pakai, ingatkan terserempak player Malaysia rupanya orang biasa aje.
Biasalah bila satu-satu kumpulan dah gah namanya baru semua pakat nak sokong, semua nak mengaku pasukan bola sendiri, kalau dulu tengok pun taknak.


yang ni cantik, :)

yang ni pun ramai yang pakai
Kalau dulu-dulu sebelum pasukan Malaysia gah seperti sekarang, yang aku nampak budak-budak ni pakai jersi Man U la, Arsenal la, etc (aku ni bukan tahu sangat nama pasukan bola  sepak ni)
Lagi-lagi kalau malam tu ada perlawanan bola sepak, semua pakat pakai jersi macam nak pergi main bola, padahal duduk kat kedai mamak, penat bersorak je.






pisstttttt : Aku ni tak layan sangat bola sepak, kalau ada perlawanan bola sepak, orang tanya sokong mana, aku jawab " aku sokong kumpulan yang menang"


Happy Birthday Zakiah

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


*entry ini khas untuk Nur Zakiah Binti Tajudin*

khas dari aku



Happy birthday Kiah ( aku sorang je boleh panggil kau camni kan), umur kau dah 20 tahun. Waaa... dah tua, dah takde umur belasan, dah boleh nikah dah ni :)


Aku just harap semoga kau berbahagia dunia akhirat, dapat capai apa yang kau impikan, sentiasa akan jadi muda selalu, still ceria macam sekarang sampai bila-bila pun, harap makin besar makin berubah cara pemakanan kau, makin betul ayat bm kau..hehe
Aku sayang kau :)




aku tahu kau suka gambar ni :)

tq jadi kawan aku selama aku kat u

tq jadi kawan yang baik

tq jadi kawan yang dengar segala cerita aku :)
pisssttttt : Cik Zakia ni single, siapa yang rasa berkenan kat Cik Zakia, boleh la bagitahu saya :)

27 March 2011

Belog Zaman Dulu-Dulu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Aku dah sampai kat hostel ni. Tak payah la risau, aku selamat. Ye aku tahu tak ada orang yang tanye, saje nak cakap. Belog aku, bukan belog kau. (tiba-tiba macam nak cari gaduh)


Tadi saja blogwalking kat belog sendiri, apa kejadahnye lah aku pun tak tahu. Lepas tu tengok-tengok sidebar belog aku ni. Tertarik dengan Cerita Belog Ini.


benda alah ni la aku cakap tu


Korang nampak tak perbezaan waktu dulu-dulu dengan waktu sekarang, aku cakap macam dah berabad aku buat belog ni. Padahal baru setahun lebih, kalau ada anak ni baru pandai berjalan. 


Masa mula-mula buat belog, sebulan beberapa entri je yang aku post, ada jugak yang aku tak post langsung. Biasalah waktu tu mentah lagi, tak tahu nak buat apa dengan belog ni. Orang ada belog, kita pun nak tapi tak tau nak buat apa dengan belog sendiri. Sejak dua menjak ni baru nak bergiat aktif. Kalau dari dulu aku macam ni, mesti follower aku dah beriban kan, mesti tergolong dalam golongan blogger popular kan, mesti duit nuffnang aku dah beriban, mesti uv aku dah berpuluh riban sehari, betapa materialistiknya fikiran Anis Adila Aris. 


Kalau tengok isi-isi entry pun sangat la berbeza zaman dulu-dulu dengan sekarang. Malu pun ada tapi tu la permualaan aku sebagai blogger. Dulu belog aku ni tergolong dalam belog yang tidak disukai , dengan entry panjang lebar, tulis perkataan singkatan, tak ada yang menarik perhatian. 
Tapi sekarang dah cuba ubah sikit-sikit, banyak belajar dari senior-senior dunia belog ni.


Pissssstttt : Belog berubah tapi tuan belog tetap sama :)


tak pernah berubah
Anis Adila Aris :)










Nak Kahwin Dah Ke?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Tadi borak-borak dengan mama masa tengok tv sambil tengok laptop juga.


Anis Adila Aris : Ma, ramai senior Anis kan kahwin umur 22 tahun.
Mama              : Kenapa, awak nak kahwin ke? (ringkas dan padat)
Anis Adila Aris : Aaaa? Eh, tak la ( tergagap sekejap) Mana la ada duit nak kahwin.


Hipokrit tak aku? Dulu padahal punya la cakap nak kahwin bagai, tapi bila depan mak sendiri, ambik kau terkelu lidah. Kalau la mak aku pandai guna benda alah ni (laptop + online) mesti mak aku dah tau kan isi hati aku ni.


Tapi sekarang dah tekad, kahwin memang la nak tapi kena cari duit banyak-banyak dulu. Tolong dulu mak bapak aku, kena kerja dulu. Tolong apa yang patut. 
Biasalah umur makin meningkat ni, lain la sikit cara berfikirnya. 
Dah tahu yang mana baik dan buruk.
Yang mana menguntungkan dan yang mana merugikan.. hehe 

dah boleh pikir jauh untuk masa depan 

26 March 2011

Jumpa Mulut Puaka

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Setelah cerita sedih semalam, akhirnya hari ni aku dapat juga jumpa budak mulut puaka @ my boyfi.


Baru aku perasan kami berdua ni, kalau duduk jauh antara satu sama lain. Kitorang tak bergaduh pun tapi kalau kitorang dah dekat tapi tak jumpa, macam-macam jadi. Orang ni merajuk, orang ni marah. Kalau dah nampak muka, marah terus hilang. Hebat tak cinta kami? :)


Tak mau la tulis panjang-panjang, meh aku tunjuk gambar :)




masa ni tengah tunggu budak mulut puaka..


memang muka aku senyum tapi hati aku tengah membara
lambat gila siap

lepas makan-makan, pergi Taman Tasik Temerloh

habis keliling satu taman nak cari port cantik nak ambil gambar 

ni la budak mulut puaka @ my boyfi yang comot 

tak pernah elok muka tu kalau tangkap gambar

saya sayang awak Nurudin Nazrin

tengok muka tu

kami ada jam sama :)

kami pun ada cincin yang sama :)

 
kan dah kena cubit sebab banyak sangat cakap

credit to him 

gambar terakhir sebelum balik..ok aku tipu.
banyak lagi gambar tapi malas nak masuk banyak-banyak, nanti korang meluat :)

pissssttttt : nak sangat orang tangkapkan gambar kami berdua.. siapa boleh tolong ?

Adik Saya Sudah Besar

Assalammualaikum dan selamat sejahtera 


Pagi tadi dah bangun subuh tidur balik semula, adik dah bangun tapi ajak dia tidur balik semula dalam bilik. Dia ikut tapi bila dah tengok aku dah nyenyak, dia keluar dari bilik. Sweetkan adik aku, dia teman aku sampai tertidur.


Pagi tadi dengar telefon rumah berbunyi, tiba-tiba adik angkat. Cakap macam orang besar jawab telefon, rupanya cakap dengan mak aku. mak aku pergi mesyuarat PIBG sekolah dia hari ni.


Aku keluar dari bilik join adik tengok cerita kartun, aku suruh dia tukar jadi BM sebab entah bahasa ape kartun tu, dia pun cakap
" Adik dah tukar la tapi tak boleh pun" (sambil tekan remote control)











25 March 2011

Cerita Sedih Hari Ini

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


* entry ini akan penuh dengan kekecewaan diri sendiri, nak baca boleh, taknak baca pun boleh*


Dah lama rancang nak balik sama-sama Temerloh hari ni dengan boyfi, lama gila tak jumpa. last jumpa cuti raya cina hari tu, itu pun sekejap je boleh jumpa.
Dah siap belikan hadiah birthday lagi nak bagi dia, tak sabar sangat nak jumpa.


Tapi pagi tadi, tengah aku duk syok layan tidur, tengah mimpi best-best, tiba-tiba bunyi telefon.
boyfi : Anis tak bangun lagi ke? bangun..bangun..
Anis  : Erm.......( suara ngantuk) bangun dah ni..
boyfi : B ada benda nak cakap ni..
Anis : Ape? terus segar dan rasa tak sedap hati
boyfi : PTPTN datang hari Ahad ni, macam mana b nak balik.
Anis  : ( terus senyap dan menangis)

Mesti korang pikir aku ni gedik kan tapi serius sedih gila, sangat-sangat berharap dapat jumpa dia.
 Dah macam-macam plan nak buat esok. Lepas tu boyfi call balik, dia kata dia balik gak. Dia kata, dia balik semula ke Penang hari sabtu malam. Gila letih. Aku cakap, tak pe la kalau tak dapat balik, aku tak kisah (cehhh, padahal dalam hati tu Tuhan je tahu)

dalam pukul 11 am, boyfi aku kol dan cakap rupanya salah info pasal PTPTN nak datang hari Ahad tu, so dia boleh la balik. Hoooray...

my boyfi ambil tiket pukul 12 dari mana ntah ke KL, jadi dia kena sampai KL sebelum pukul 8 pm sebab bas last pukul 8 pm. Tapi tadi pukul 7.00 pm, my boyfi baru sampai di Jalan Duta, dah lah dia tak biasa jalan KL tu. Naik bas rapid, naik LRT, sampai la dia kat Pekeliling nak naik bas ke Temerloh dalam pukul 7.45 pm.
Aku ada post sesuatu di fb. baca dulu....


My boyfi tak dapat bas ke Temerloh, tiket dah habis dan akan tidur rumah abang dia malam ni. Coment kak Yaya yang 2nd last tak akan berlaku sebab aku tahu Nurudin tak akan bertolak pagi, kalau pagi pun , at least dia sampai Temerloh dalam pukul 12. Entah dapat ke tidak jumpa dia esok.. uwaaaa...

Sekali lagi air mata aku menitik :'(



Berbulu Mata Den Ni Tengok

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Tadi masa dalam bas, ade la couple yang duduk sebelah aku ni, buat aksi raba-meraba la pulak. Kau ingat mata aku ni pejam, aku tak nampak ke apa korang buat.


dah la si lelaki badan besar 
Peluk awek macam awek nak lari, cemuh la aku tengok. Perempuan tu pun selamba aje bagi lelaki tu pegang benda tak sepatutnya. Ni aku dah pandang pun, selamba je meneruskan aksi. 

Sebelum ni ada gak jenis macam ni, masa aku overnite buat assignment kat kfc, ade couple ni, pasang laptop, tengok cerita hantu, duduk berpeluk-peluk dalam KFC tu. makannya tidak. Masalah mereka ni, nak buat aksi-aksi terlarang depan orang, buat tambah dosa aku aje. Nak tegur kang, aku kena balun.

Couple-couple macam ni la, bila dah kena tinggal start la nak buat kerja-kerja bongok 

masa-masa bercinta tak ingat dunia, semua benda nak bagi, Bila dah orang tak nak, rasa diri tak berguna, tamatkan riwayat hidup." Bagus sangat la tu, selesai masalah kan."

Jadi kepada kamu-kamu di luar sana, bila bercouple tu, jangan lah nak lebih-lebih sangat. Kalau dah gatal sangat, kahwin je la. (nasihat untuk diri sendiri jugak)

duduk rengang-rengang, jangan pegang-pegang







Perkara Yang Paling Bahagia

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Perkara yang paling bahagia ialah bila duduk kat rumah sendiri, sebab tu la orang cakap rumahku syurgaku.
nak tahu kenapa?


Boleh makan banyak-banyak makanan yang sedap-sedap tanpa membayar satu sen pun.

Tidak perlu berjalan kaki sejauh 500 mm untuk mencari makanan, selepas makan, bila sampai di hostel akan lapar semula.


Baju-baju kotor hanya longgok di dalam bakul baju kotor, bila tengok waktu malam baju tu dah siap kena lipat.


Dapat tidur dengan tenang tanpa memikirkan kerja-kerja yang menyerabutkan kepala sebab tak bawak balik rumah, padahal bertimbun-timbun. Bila bangun lambat, bagi alasan nak qada tidur padahal banyak je tido masa kat u.


Boleh tengok tv sepuas hati dan orang yang paling ketinggalan sekali sebab tak tahu cerita apa yang best sekarang. Dan adik aku akan bising sebab tak berhenti tanya dia macam-macam


Dapat keluar bandar Temerloh ( cehh.. Temerloh je kowt) dan ronda-ronda sampai bosan.


Dan yang paling heaven, dapat bersama familyku sayang :)
pisssstttt : motif? aku on da way ke ruamh. sila jealous..

23 March 2011

Gagal Sekarang Tidak Bermakna Gagal Selamanya

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Hari ni budak-budak lepasan SPM "10" ambik result SPM, tahniah kepada yang dapat keputsan cemerlang dan kepada yang biasa-biasa aje, tak ape cuba lagi.




Waktu aku sem 1 di UiTM Perak, lecturer aku pernah tanya sorang-sorang result SPM masa first kelas dia.
Malu gak la nak cakap, result aku tak ada la gah mana, cukup-cukup makan aje. 
Lepas satu kelas dah bagi tau result, dia pun start bercerita. Lebih kurang macam ni la ayatnya...


" Saya dulu pun bukan pandai sangat, tak ada lah dapat banyak A macam kamu semua ni. Lagi teruk result SPM saya dari kamu semua tapi bila saya dapat masuk u ni, saya bertekad nak belajar elok-elok. Akhirnya, saya berjaya juga"

Lecturer aku ni pernah jadi :
Pengerusi kelab Perubahan " persatuan ukur bahan" 
Pelajar Cemerlang Ukur Bahan
sekarang Penasihat Perubahan
Pensyarah di UiTM Perak.

Kesimpulannya, dia bukanlah pelajar cemerlang masa di sekolah tapi kerana dia belajar dari kesilapan, dia jadi orang yang berjaya . :)

Kepada kamu semua yang pernah gagal tu, kita kena berusaha supaya tidak ulang kegagalan masa dulu-dulu.
Rezeki Allah dah tentukan, tak semestinya orang yang pandai, dapat straigh A tu akan berjaya.

piiiissssstttt : Lecturer yang aku cerita tu handsome bai.. bujang lagi..hehe



Kecewa Tak Dapat Print Screen

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Selepas aje baca entry ini terus tekad nak print screen untuk kak YUYU ZULAIKHA.




Dari malam tadi lagi duduk usha belog Yuyu Zulaikha sampai pukul 2 pagi, kejap-kejap refresh nak tahu dah meningkat belum follower.


Malam tadi dah 3800 +++, dalam setengah jam ada la 2,3 orang yang follow. Tapi mata ni  jahat, dah taknak bukak sangat dah, jadi  fikir dalam hati, esok pagi sebelum pergi kelas kena laju-laju bukak belog Yuyu Zulikha.
Tapi pagi tadi still tak cukup lagi 4000 follower. 


Tapi tadi balik je dari kelas, selaju mungkin bukak belog Yuyu Zulaikha, dan nampak..


rasa nak edit je, biar jadi 4000
Kecewa gila-gila tau tapi nak buat macam mane, tak ada rezeki kan :(
Tapi untuk kak Yuyu Zulaikha, tahniah diucapakan kerana telah ada 4000 ++ follower, kiranya dalam sehari ada 10 orang yang follow kak Yuyu. Kalau belog aku ni, nak dapatkan seorang follower pun puas.






22 March 2011

Kau Ingat Kau Bagus?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini nak cerita pasal orang-orang zaman sekarang, yang tak habis-habis hidup nak dengki kat orang aje. 
Kalau dalam dunia belog ni, orang yang popular sikit tu mesti kena macam-macam dengan cik anon.
Kadang-kadang orang yang dengki dengan kita ni orang yang paling rapat dengan kita.


Depan-depan, bukan main lagi baiknya, siap ambil berat bagai..


Tapi belakang-belakang, rupanya dia la duri dalam daging.


Kita hidup ni bukannya senang nak puaskan hati semua orang, mesti ada jugak yang perbuatan kita buatkan orang sakit hati dengan kita. Tapi apa salahnya tegur cara elok-elok, cakap apa yang tak puas hati. Ini tidak, pendam la dalam hati tu buat jeruk, pastu buat status kat facebook maki-maki orang. Apa kejadahnye la, sampai bila tak selesai. Kadang-kadang tak buat silap ape pun, memang saje-saje nak benci orang.

Kalau kita benci seorang, 10 orang akan benci kat kita.
Pikirlah, kita ni DAH CUKUP BAGUS ke tak nak suka kat seseorang tu. Ingatlah apa yang kita buat sekarang, satu hari nanti kita akan dapat balik balasannya.


Pissssstttt :Teringat zaman-zaman sekolah dulu, setiap bulan ada perjumpaan tak puas hati, tapi dari situ la hubungan jadi makin rapat.

21 March 2011

Ajal Tu Bila-Bila Je Allah Boleh Tarik

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).


Korang pernah terfikir tak pasal MATI? Bila masa kita MATI? Macam mana jenis kematian akan kita alami tu? Kemalangan ke, sakit ke, apa-apa la. 
Dekat mana la masa kita MATI?


Kematian tu kita tak tahu bila, entah hari ini, hari esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. 
Aku kalau pikir pasal keMATIan ni, mesti macam-macam yang terlintas dalam kepala. 
Cukup dah ke amalan aku nak bawak ke kubur? 
Terpikir pasal dosa-dosa yang aku sendiri pernah buat, macam mana azab aku di alam barzakh nanti, apatah lagi azab di akhirat.
Sempat ke aku nak bertaubat sebelum dijemput Illahi 
Dulu Ustaz aku pernah cakap, orang yang diculik dan dibunuh tu untung kerana dia tahu bila ajalnya. Mesti dalam tempoh dia diugut, dia sempat bertaubat. Kalau meninggal sebab kemalangan, apa yang boleh kita buat?

Bagi aku beruntungnya orang yang sakit dan tahu bila ajalnya akan tiba, sempat dia bertaubat dan perbanyakkkan amalan tapi kita yang sihat sempurna ni masih lagi terlupa dan berseronok tak ingat bahawa bila-bila je Allah boleh tarik nyawa kita.


Oleh itu start dari sekarang, jom lah kita buat amalan yang boleh manfaat kepada kita di dunia akhirat iaitu 3 perkara 


1. Sedekah Jariah
2. Ilmu yang boleh bawa manfaat kepada orang lain
3. Doa anak- anak yang soleh


Paling penting lakukan suruhanNYA dan tinggalkan laranganNYA. Bertaubatlah kalau kita pernah buat kesilapan.