15 February 2011

Tips Mengesan Lelaki Buaya Darat aka Playboy

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Berkaitan dengan entry yang lepas, rasa tergerak hati nak bagi tips untuk mengesan lelaki-lelaki yang tak berguna ni. Ini mengikut pengalaman aku la yang dah berapa kali terjatuh hati kat mamat-mamat yang konon hot tapi perangai macam hampeh.
Meh kenal lelaki buaya darat.


Bila dengan kita, sikit-sikit tengok telefon.Lepas tu meseg dengan orang lain la.
 Bila kita nak cek telefon, dia tak bagi. Kalau dia bagi pun lepas dia tengok telefon dia lama gila. Bila tanya kata tak ade pape.
Padahal padam meseg-meseg awek lain. 
Kalau nak jumpa, kena buat temujanji bagai. Macam la kita ni jumpa dengan Adun Daerah.
Kalau jumpa ikut masa yang ditetapkan oleh dia. Kononnya sibuk bekerja la,
 padahal ada temujanji dengan awek lain.
Bila kita call ke, sms ke selalu tak dapat.
 Kalau call, kadang-kadang tak angkat,kadang-kadang off. 
Sms tak berbalas. Kalau dapat call pun, lepas 5 minit macam tu,
 call balik terus tak dapat sebab tutup telefon.

Lelaki yang mempunyai seribu satu alasan. kadang-kadang alasan tak logik.
Sebagai contoh, kononnya kemalangan teruk sampai koma bagai, tapi lepas tu jumpa tak ada kesan luka pun. Bawak kereta pun ok aje. Jadi bersiap sedia la jauhi orang yang macam ni.
Bila dia nak sesuatu kat kita, bukan main manis lagi ayat. Siap bagi macam-macam lagi. Tetapi lepas dia dah dapat apa yang dia nak, terus hilang entah kemana. 

Ada perempuan telefon kita dan tanya "awak ni awek simpulan bin simpulan ni ke"
bila kita tanya siapa, orang tu tak cakap apa-apa.
Maknanya orang tu adalah salah satu awek buaya darat tersebut la.

pissssstttt : aku bagi tips ni berdasarkan pengalaman aku sendiri.






4 comments:

Anonymous said...

wah.. byk kali jatuh hati?
sape la mamat2 2..
ape2 pn.. tips y bgs. :)

.::cintabungablogspot::. said...

erm... pengajarn byk mengajar kite kn dear :)

Anis Adila Aris said...

anon : saya pun dah lupa sape mamat2 tue..ish..ish

Anis Adila Aris said...

cintabungablogspot

pengalaman tu la yg membuatkan kita boleh jadi yg terbaik :)