02 February 2011

Nak Bergaya Harus Kerja Dulu

Assalammualiakum dan selamat sejahtera.

Sekarang ramai betul gadis-gadis dan wanita-wanita sudah pandai menggayakan fesyen terkini walaupun bertudung. Aku ni suka betul tengok perempuan-perempuan ni pakai baju-baju yang cantik, selendang yang cantik, seluar yang cantik, semua benda la cantik. Macam-macam jenis baju pulak tu, banyak betul duit korang semua kan.

Aku ni nak beli sehelai baju pun puas nak pikir nak beli ke taknak.

Aku cakap la kat mama aku pasal fesyen sekarang ni, baju apa tengah hot, selendang jenis apa paling ramai pakai, dan macam-macam lagi la berkaitan dengan fesyen sekarang ni.
Lepas tu mama aku bersuara
Belajar je la dulu Anis, tak payah nak pakai baju bergaya sangat, baju awak kan dah banyak. Kalau dah kerja nanti, beli lah baju apa pun kau nak beli.Sekarang ni pakai je la baju kurung. Tengok si kak nunu (bukan nama sebenar) tu, pakai jubah je, tak sibuk nak pakai baju-baju berfesyen sangat. 
Dushhhhhh.. ambik kau sekali mama aku bersuara, termakan hati, jantung, limpa semua.


baik mama, anis pakai baju kurung pergi kelas :)

2 comments:

sharifahzakiah said...

hahaha mama anis lucu bngat siii :P tp mmg btol lah kan . mmg kte ni suke bgaya . ape yg org pki , msti kte nk jgk . hehehe

wani said...

betol2. mak wani pun ckp benda yg same. hehe:)