12 February 2011

Bila online je,mesti buka...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


kalau tak nampak, klik untuk pembesaran

1. Facebook
Wajib dibuka kalau online, even takde orang comment pun kat status aku yang entah pape. Selalu jadi stalker page orang, commentnya tidak. Memang kena la kat batang hidung sendiri.

2.Belog Fatin Liyana
Aku bukanlah peminat tegar Fatin Liyana, hari-hari wajib nak tengok muka dia. Ingat aku lesbo ape.Dah la aku menyampah dengan dia. Aku bukak belog dia sebab nak sign out blog aku. Template belog aku kan tak ade dashboard, follow dan lain-lain kat bahagian atas. Tak paham? tengok gambar kat bawah

kalau tak klik memang tak nampak la.
Bila dah sign in, baru la dari situ akan ke belog aku, ke belog-belog korang :)

3.Blog Beautifulnara

Aku kan taknak la diandaikan seperti "katak dibawah tempurung", jadi kena la tau isu-isu semasa artis-artis di Malaysia ni, adalah jugak bahan nak buat borak dengan kawan-kawan. Isu semasa dunia taknak ambik tau pulak kan..haha

4.Email kat yahoo
Semenjak dah buat email baru ni, rajin la check sebab semua benda buat pakai email Mana la tau kan, majalah Remaja panggil nak jadi model. Layak ke?

5.Ohtidak.com
Mcam-macam cerita pelik kat situ, jadi rajin gak la nak singgah. Cerita-cerita macam ni memang aku suka.

6.Google
Google ni digunakan bila nak cari sesuatu, nak cari lirik lagu , video-video menarik, nak cari-cari info nak buat assignment untuk di "copy cut". :)

7.Student Portal UiTM
Sebagai pelajar UiTM memang tak sah la kalau tak tahu apa itu student portal. Tapi aku bukak student portal ni kadang-kadang je. Klau ada benda nak buat, baru bukak.

pissssssttt : perasan tak? benda yang berkaitan pembelajaran, perkara last sekali. Apa nak jadi la dengan Anis Adila nie..








2 comments:

Jang said...

dah tgk gmbr pun kurang fhm yg no 2 tu. npe x pegi blogger.com?

Anis Adila Aris said...

sebab malas nak taip..haha..
nak klik jew...