14 February 2011

Best Sangat Ke Hidup Jadi Playboy Ni


Hari ni kita nak cerita pasal insan-insan yang bergelar " Playboy". Jadi entry ini pun berkaitan dengan insan bergelar lelaki. sebab lelaki la yang selalu dapat gelaran ni, kalau pengkid aku tak pasti lak diorang gelar apa kalau banyak pasang perempuan ni.


Aku pernah la kenal dengan mamat ala-ala romeo ni. Selalunya mereka ni tergolong dalam golongan lelaki-lelaki yang mempunyai paras rupa yang boleh bla gak la, bila orang perempuan tengok akan cair meleleh je, dan start berangan yang si lelaki tu jadi pakwe korang.


Tetapi ada juga lelaki yang mukanya tak ade la handsome mane, kalau sekali tengok terus tak ingat dah muka tu tapi dia mempunyai kelebihan "sweet talk". Bila dia bercakap, memang akan tergoda habis la.


Entah apa yang bestnya jadi "playboy" ni. Dah la nanti kena cop "budak playboy" dengan budak perempuan, maruah dah tergadai kat situ. Pastu kau ingat kau boleh bahagia la kalau permainkan hati-hati perempuan ni. Ingat!! doa orang teraniaya makbul tau. Andaikan kau dah sakitkan hati sorang perempuan ni, mesti dia menyumpah bagai nak rak kat kau, kau pikir dia sumpah benda-benda elok ke? Mestilah tak. Paling cikai pun, harap hidup kau tak bahagia. Bayangkan sepuluh orang doakan benda yang sama, tak ke makbul doa tu.


Rugi ke jadi setia ni? Apa salahnya mencintai seseorang dalam satu masa. Tak ke bagus. Duit tak habis, bak kata pakwe aku la " double awek, double la perbelanjaan aku". Lain la kau anak orang kaya, tapi ada jugak dah la curang pastu siap pinjam duit kat awek sebab nak tangung awek lain lak. Memang tak la kan.


pisssstttt : jom tengok tutorial :)

3 comments:

cik najihah said...

huwa....betul2...mcm tut je..hihi

a n a . i z z t y said...

ouh dear...sy pernah kena jugak...dia x berapa hensem sangat but ok laa...mula2 mmg dia sweet talk..lama2 dah nampak belang dia dahhhh...fuhhh...

ntah la kan..nape la dorg nie x bole nak setia...susah sgt agaknya...hurmm

Anis Adila Aris said...

mereka-mereka ni eloknya tak payah ada dalam muka bumi nie..menyakitakan hati orang sahaja..