08 January 2011

UiTM Shah Alam

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Dah lama bebeno aku tinggalkan belog ini, malas nak update sebab line broadband macam siput tapi hari ni line broadband dah laju macam rimau.


kan aku kata nak cerita macam mana UiTM Shah Alam, ok la..not bad la untuk menghabiskan duit yang makin menipis  hari ke hari. 
Hari pertama aku mendaftarkan diri, dapat kolej Mawar dan bilik di tingkat enam. Nasib baiklah ada lift, kalau tak tercabutlah lutut den ni nak memanjat tangga nak ke tingkat 6. Terpinggir dari rakan-rakan yang dah daftar awal sebab mereka tinggal dalam satu aras..
Selepas mendaftar, bawak kereta pergi FSPU ( Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur) nak mendaftarkan diri. Serius tangga banyak gila, bila dah sampai kat fakulti, lelah.


Selepas pergi fakulti, kena cari Zon 16. Puas pusing satu UiTM yang besar gila tapi tak jumpa pun. Tengok jam dah pukul 5, balik semula ke hostel. Berpisah dengan my mum dan tinggallah aku bersama rakan-rakan seperjuangan.


Keesokannya roomate ku yang baik hati sudi tumpangkan aku pergi ke Zon 16. Bila dah sampai, hati aku cuma cakap " Aku dah lalu kat sini semalam, kenapa la tak perasan"
Dan dapat kelas B yang jadual sangat la best. Kelas hanya di waktu pagi dan habis pukul 1.20 pm, hari Jumaat takde kelas. Waktu petang boleh la aku tidur study.


kat sini memang aku banyak jalan,sampai lenguh-lenguh kaki. (bukan lenguh sebab cari selendang sampai berjam-jam?) Tapi dalam kepala otak pikir positif, banyak berjalan, kuranglah berat badan. Kita tengok, boleh kurang ke tidak?


pissss : Kebosanan di dalam bilik, siapa sudi nak bawak aku jalan-jalan? 



9 comments:

titirara said...

best ke study kat uitm ? hehe

akunajihah said...

angah jom jerjalan nak..ngeee

Anis Adila Aris said...

titirara baru seminggu di sini, mostly ok la.

Anis Adila Aris said...

kakcik :

aku belum usha jalan lagi, meh la jmput kau kat sini...hehe

akunajihah said...

wah..hahaha meh aku jemput pakai teksi oke..hahahahahah
mcm mane dok sane ok? btw rindu ko!

azzizatul.huda said...

bole tahu x awak pkai broadbnd aper kt kolej mawar? laju x kalu nk google agsgmt hape? tq

Anis Adila Aris said...

pkai broadband celcom..
boleh bla gak lajunya..

azzizatul.huda said...

which plan u use? hehe. btw tq 4 info

Anis Adila Aris said...

plan ape ye..
tak tahu..
saya byr rm70/bulan..