20 January 2011

Selamat Hari Jadi Mama

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini aku di rumah yang tercinta, ikutkan taknak balik minggu ni sebab minggu depan dah start cuti mid sem tapi bila tengok kalendar, hari ini hari jadi mamaku tersayang yang ke 47.
nak tengok mama aku yang umur 47 macam mana orangnya..


ramai cakap aku ni adik mama aku.
korang rasa mama aku nampak muda ke atau aku nampak tua?




Sampai rumah dalam pukul 9 malam, terus laju-laju makan sebab lapar gila. Bila dah siap makan, tak mandi semua, curi gunting dengan gam adik nak buat kad untuk mama. Tengok la hasil kerja orang penat buat kad.







tepat pukul 12 malam selitkan bawah pintu bilik mama.

bangun pagi wish lagi even dah bagi kad, mama senyum :)

belum habis lagi suprise untuk hari ni, pukul 2 pergi jemput adik aku di sekolah. kesian tak dapat cuti. Lepas tu pergi beli kek untuk mama. Bila sampai rumah, tunjuk kat mama dan mama tersenyum lagi . :)





pisssttt : first time buat macam ni, bahagia sangat tengok orang yang kita sayang gembira.

No comments: