22 January 2011

Resipi Nasi Ayam

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Bersama saya Chef Anis nak ajar cara-cara nak buat nasi ayam.
 Nasi ayam ni sedap tau, membuatkan aku makan sampai 2 pinggan penuh. (sebab ni la berat kau tak turun-turun)


Bahan-Bahan Masakan
1. Ayam (jika buat seekor, belah la dua)
2. Bawang Putih dan Halia ditumbuk halus
3. Bawang Merah dipotong dadu 
4.Lada Merah ditumbuk bersama bawang putih
5. Kicap nasi ayam, kicap biasa pun boleh 


mula-mula kita perap ayam yang dah dipotong tu, perap dengan bawang putih dan halia yang dah ditumbuk halus, bersama-sama garam dan ajinomoto(secukup rasa). Perap selama sejam atau 30 minit.
Lepas perap, kita rebus ayam yang dah diperap tu. Rebus dalam 20 minit atau setengah jam, sehingga ayam empuk ye puan-puan semua.


Selepas dah rebus, air rebusan tersebut jangan dibuang sebab boleh dibuat sebagai sup dan untuk masak nasi. 
Ayam dah siap direbus, kita asingkan ayam tersebut dan letak sedikit kicap untuk warnakan ayam tu.


inilah air rebusan ayam tadi 
Selepas itu, tumis bawang besar yang dipotong dadu sampai garing, masukkan air rebusan mengikut kuantiti beras dan masak seperti biasa. kalau nak nasi bau wangi, letak daun pandan masa nak masak nasi ayam tu.


tumis bawang besar sebelum masak nasi

nasi dah masak.



Bila nasi dah masak, rasa-rasa dah nak makan, ambik ayam yang direbus tadi dan goreng dalam minyak yang panas. Goreng sekejap je sebab ayam dah masak, cuma nak garingkan ayam tu je. 


ni la ayam yang direbus, warna hitam tu kicap.

lepas dah goreng tu, boleh la potong kecik-kecik. Tak akan la kau nak makan seekor ayam tu seorang. Ingat gergasi ke ape.



Sekarang nak buat sambal, tak akan la nak makan ayam dengan sos je kan. Lada merah tu korang tumbuk sampai halus, pastu ubuh bawang putih, asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
jadi la macam nii, kalau nak pedas, campur dengan lada kecik.



ok dah siap, boleh la melantak 2,3 pinggan, Senang je, kakak-kakak, adik-adik yang duk rumah sewa tu boleh la cuba buat.

2 comments:

Weeda said...

sama la resepi kita...

tapi untuk sambal tu guna blender lagi senang..ngee~~

Anis Adila Aris said...

saya pun tak perasan mak saya tubuk ke blender..
ops..dah kantoi (bukan saya masak)