28 January 2011

Pengaruh Laptop mengatasi Assignment Yang berlambak

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Mintak maaf la ye kepada pembaca belog Anis Adila Aris yang tegar kerana saya tak update belog selama 2 hari. Anis Adila Aris sibuk sangat dengan pembelajaran di universiti sekarang. Biasalah, sekarang dah pegang jawatan assistant class rep, bz la sikit.
*sila meluat dengan ayat-ayat di atas* rasa taknak ngaku pulak yang diri sendiri taip ayat-ayat macam tu.


Sekarang dah awal pagi, rasa tak ngantuk sebab siang tadi dah bantai tidur sampai ke petang, lagipun takut nak tidur sebab sorang-sorang dalam bilik. 
tapi masalahnya esok kena bangun pukul 6 am sebab nak pergi court kat Putrajaya, nanti aku cerita kenapa aku gi sana.
Selain tu,komen nie nak cite kat aok sume, esok kome dah nak balik Temerloh, kome dapat cuti seminggu, cuti raye cina. *cakap Temerloh sebab mood nak balik rumah*


Berbalik kepada tajuk cerita kita, tadi aku cubalah nak buat assignment Measurement, nak kira door, pastu buat tak sampai setengah jam, dah buat benda lain. Mula-mula cuba baju nak pakai apa esok, pastu bukak laptop sampai la sekarang,
Meh kome tunjuk keadaan sebenarnya..



ambik ko, dengan drawing besar gedabak, pensil warna, kalkulator (padahal kira tolak tambah je),
SMM, assignment waktu diploma (kantoi copy je asignment lama).
Hanya QS je tau apa semua ni..



tapi tiba-tiba laptop dibuka, drawing dan segala jadah tadi disisihkan dengan begitu mudah.
Dah taknak pandang benda-benda bawah laptop.
Kuang ajar aer ko laptop, aku baru nak rajin..ko datang kacau.

4 comments:

Mr. Swift said...

Laptop berdosa! :p


Let's Read! : I Love Pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconiosis!!

.::cintabungablogspot::. said...

hahah...so funny la u dear...study lg kew?

Anis Adila Aris said...

mr swift > tue la..jahatkan laptop tue..

Anis Adila Aris said...

cintabungablogspot> a'ah study lagi.. tak sabar nak habis belajar nie..hhehe