31 January 2011

Kebaikan Menyelongkar Barang Ibu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Hari ni aku nak cerita pasal fesyen zaman sekarang. Aku ni baru je nak ambik tahu pasal fesyen semasa. Biasalah dah meningakat remaja la katakan, nak pakai baju semua nak nampak bergaya je, nak ikut trend terkini. Bukan macam dulu, ikut dan je nak pakai pape pun.


Apa yang aku perasan la kan, fesyen dunia ni akan recycle. Maksud recycle adalah, fesyen zaman-zaman dahulu diguna semula. Kalau tak caya, baik korang cari gambar-gambar mak ayah korang masa muda-muda, sama tak dengan apa yang orang ramai pakai sekarang ni?
Sebagai contoh la, pemakaian legging, vintage's cloth, dan banyak lagi.


Balik semula kepada tajuk cerita ni, tadi aku menyelongkar la almari rumah aku ni, dan aku terjumpa 2 benda best.
ni la barang mama aku.. beg dan blaus.

bukan sebarang beg, bonia kowt.. nak beli tak mampu..kitar semula je la ape yang patut

silk tau ni, memang best la aku melaram pakai baju orang

No comments: