30 January 2011

Gigi Baru Nak Tumbuh

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
korang..korang... pernah tak dengar pasal gigi bongsu? (sila baca dengan nada gedik)
Gigi aku dah start sakit, pergi kenduri pun, makan tak lalu. Bila tanya kat mama, tunjuk gigi..mama cakap
Gigi bongsu kau nak tumbuh la tu
meh la aku nak cerita kat semua pasal gigi bonsu, yang dah tahu senyap, tak mau bising-bising. Kau buat-buat tak tahu ye.



Gigi geraham bongsu adalah gigi molar ketiga (terakhir). Manusia biasanya mempunyai 4 gigi geraham bongsu, 2 di atas dan 2 di bawah,biasanya keluar antara umur 18-25 tahun.
orang cakap, siapa yang dah tumbuh gigi bongsu ni dah boleh dikategorikan sebagai dewasa.
Maknanya kalau dah dewasa, boleh kawin la kan..hehe..gatai na..

Orang cakap bila tumbuh gigi bonsu ni, ada yang sakit sampai demam bagai, ada yang sihat walafiat je. Jadi, aku tergolong dalam golongan yang sakit tu la, banyak sangat dosa aku ni kot, Tuhan bagi rasa sakit gigi ni biar kurang sikit dosa tu kot.

sakit sangat la tu kononnya..
ok la, itu sahaja nak cerita..tak boleh cakap banyak-banyak, nanti makin sakit. ( padahal menaip je kot)

4 comments:

syAzAnA said...

adeii. syaz pun tga mengalami kesakitan gg nie. huhu

Anis Adila Aris said...

sakit kan syaz..nak makan pun tak ade selera :(

nabila faryzza said...

weyh! takotnyaaa. tapi, atleast kau dh kena, ok la kan. huhu ;/

Anis Adila Aris said...

tue la pasal.. nasib baik dah tak sakit dah