01 January 2011

Entry Pertama

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Selamat Tahun Baru Masihi kepada semua blogger yang membaca belog yang tidak seberapa ini.
Malam tadi, aku menyambut tahun baru di Taman perumahan makngah aku di Pekan Meru. Pertama kali aku menyambut new year ni, biasalah aku kan anak dara sunti, tak boleh nak keluar rumah malam-malam ni.
Malam tadi pun aku teman makngah aku, sambut dekat depan rumah tapi not bad la. Ada makan-makan, buat bbq, karoeka dan paling best ada pertunjukan bunga api. 
Tiada gambar buat tatapan sebab menjadi seorang pemalu di tempat orang.


Tahun baru? Apa azam baru ye rakan-rakan. Azam aku, tak tahu lagi. Kena selesaikan masalah yang ada, baru boleh berfikir dengan tenang tentang azam tahun ini.
Btw, kepada blogger dan pembaca belog ini yang lahir pada tahun 1991, selamat menempuhi alam 20-an ye, semoga matang dalam berfikir, tingkah laku dan muda selalu. :)

No comments: