31 January 2011

Bahagia Kerana Kekecewaan Dahulu

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Semenjak Nisa A, empunya belog Saya Suka Menaip reblog entry aku yang ini. Ramai bebeno suka entry itu. 
Sebenarnya benda itu berkaitan dengan kehidupan aku jugak. Sebelum aku kenal boyfi sekarang, berapa kali aku kecewa. Jom aku kongsi cerita aku.


Sebelum aku kenal dia, aku dah jumpa ramai lelaki. Macam-macam perangai aku dah jumpa, dan setiap perhubungan tu mesti berakhir dengan kekecewaan. Bila dah lama-lama aku dah jadi seorang pemilih, aku dah pandai nak nilai seorang lelaki tu. dah tau lelaki tu jenis jujur ke, playboy ke, just nak main-main ke. Semua aku dah pakar..hehe


Bila dah banyak kali clash, lama-lama dah lali dengan semua kejadah tu. Tak adalah macam mula-mula clash, meraung tak ingat dunia. Chill je, teruskan hidup macam biasa, boleh pikir nak cari bf baru pulak :)


Bila dah banyak kali kecewa, bukan sekali dua tau. Senangkan aku jatuh cinta..haha.. 
Akhirnya aku jumpa seorang lelaki yang aku fikir dia yang terbaik dari bekas-bekas tupperware aku dulu. Ye. aku tahu belum confirm lagi dia tu jodoh aku tapi selama kami couple 2 tahun ni, tak ade lagi la dia buat benda-benda yang boleh buat aku rasa nak bunuh dia.


Kiranya macam aku dah jumpa soulmate aku, aku boleh jadi diri sendiri bila jumpa dia, kongsi segala benda dengan dia. Boleh cakap banyak-banyak, gelak kuat-kuat, makan comot-comot. Kedua-dua belah family pun dah tau pasal hubungan kami. Kesimpulannya, aku jumpa yang terbaik lepas aku kecewa banyak kali.

















7 comments:

ada mokhtar said...

semoga terus bahagia =)

waniey said...

gud entry dear...semoga bhgia..

.::cintabungablogspot::. said...

Alhamdulillah dear... yg penting pastikan mulut die tak 'puake' lg okeh, hihi ^^

Anis Adila Aris said...

mulut die akan sentiasa berpuaka....hehe

zati said...

bestnyeee..paling setuju statement "bile dah selalu sangat lali dengan kekecewaan, lame-lame akan jadi pemilih"

yup, itu yg zati lalui sekarang, zati dh jadi pemilih & sampai sekarang pom mls nk fikir bnda2 tu, asyik mereject je kerjenya hihik :P

Anis Adila Aris said...

zati :takpe zati..nanti ade la tue..hehe

nub said...

woaa..pandai men gitar. gmbaq fon pon lawa meyh. apedehal. hehe