31 December 2011

Sampai Masa Tiada

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Pernah tak korang terfikir kalau esok korang dah tak dapat nak guna nikmat Allah bagi, tak dapat jumpa orang yang korang sayang, dan esok hanya antara korang dan DIA. 


28 December 2011

Study Week

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Masa mula-mula balik rumah..



 Bila dah dekat hari Rabu


25 December 2011

Bahagia Hari Ini

Assalammualaikum dan selamat sejahtera







Tak ada yang lebih bahagia dari jumpa orang yang sekepala yang mampu

menyanyi sekuat hati dalam kereta *lagu "ombak rindu" memang HOT sekarang*
bercerita pasal orang lain, memuji ada mengutuk ada
menari tak tentu pasal, *lagu KOREA memang buat orang rasa nak menari*
berebut makanan even dah berlambak
bawak kereta tak tentu hala macam dah hidup lama
berkongsi kisah-kisah cinta dulu

Eh, kalau aku tak kahwin dengan kau!Jadi kawan aku sampai mati tau :)


22 December 2011

Musim Kelas Sudah Habis Bro

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Berakhirnya kelas Construction Technology esok, jadi tamatlah pembelajaran 14 minggu untuk semester 3 Sarjana Muda Ukur Bahan.  * tak sabar-sabar nak update entry hari ni jugak*. Tinggal satu je kelas esok,  test semua dah siap tunggu nak final je dah. OMG, punyalah tak sabar nak exam.

Aku memang suka kalau dah masuk study week ni, assignment tak payah buat, tak payah pergi kelas, test dah tak ada. HEAVEN gila kot. Tapi sementara je nikmat ni, minggu depan dah start jadi orang gila. Pulun study siang malam sebab baru nak tahu apa yang belajar selama ni. Tu la waktu kelas sibuk meseg pakwe. Bak kata lecturer aku " study week bukan untuk revision week tapi reading week".

Week Fourteen

Assalammualaikum dan selamat sejahtera








Ini baru test belum tengok waktu exam lagi 

21 December 2011

Wordless Wednesday *Face*

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



We Talk About " Hidayah"

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Allah wiil give hidayah to anyone. Bila cakap pasal "hidayah" mesti fikir non muslim "Orang bukan islam masuk islam sebab dapat hidayah". Tapi kita tak sedar, kita as Islam ni pun ada diberi hidayah. Sebagai contoh, dulu perempuan muslim ni free hair pakai seksi tak ingat lepas tu rasa terbuka hati nak pakai tudung, pakai sopan tutup aurat. Itu "hidayah" la kan.

I think 'hidayah' is the best 'present' from Allah. Ada sesetengah orang, even dah diberi nasihat untuk berubah, dah diberi balasan daripada Allah tapi masih tidak berubah, mungkin tak dapat hidayah lagi. Tapi jika hidayah tu tak dapat even nyawa dah sampai ke kerongkong, macam mana nak buat? Mati dalam kekufuran, serius menakutkan! Hidayah is important to conduct to be a good person. Hidayah will change the person's attitude, from bad become best. Jadi, jangan lupa setiap kali lepas solat, mintak petunjuk "hidayah" daripada Allah. Insyaallah, we will get it one day.

Satu hari nanti, kalau korang rasa nak sangat berubah. Nak sangat jadi orang yang baik-baik. Teruskan niat korang, maybe korang insan terpilih dapat "present" dari Allah. Mungkin susah untuk berubah secara drastik tapi cuba perlahan-lahan, sampai masa "SEMPURNA". 


try to be a good muslim. Mohon petunjuk "Hidayah"

20 December 2011

I've been proposed

Assalammualaikum dan selamat sejahtera



Mesti dah ramai tengok video ni kan, dah berleluasa kat facebook dan belog orang lain. Both of them really sweet and this video give some moral value for the viewers.

Bercinta selepas kahwin is AWESOME

Tak semestinya pilihan ibu bapa tak BEST, mereka menjaga kita dari kecik.
Mesti diorang tahu apa yang terbaik untuk hidup kita kan.

Untuk kaum LELAKI, jika minat someone, terus jumpa her parent ok. 
Jangan takut mengatakan cinta. ceewaahh

Tak semestinya masih muda, tak boleh fikirkan mengenai jodoh.
Kahwin awal baru SYOK!

Lelaki yang BAIK untuk perempuan yang BAIK.

ada sesiapa nak pinang saya tak? ngeeee


13 December 2011

Bukan Malas Tapi....

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Bila balik rumah je, mesti mama bebel macam ni...




Ayat-ayat atas ni wajib ada setiap kali aku balik kampung. Ayat-ayat atas ni macam nampak sangat aku ni pemalas kan, habis la tak ada siapa dah nak jadikan aku bini. Releks la bro, baca sampai habis dulu, jangan nak judge orang awal sangat. Aku ni bukan la malas sangat, tapi bersebab aku jadi malas bila balik rumah..

Masa balik rumah ni la nak lepas segala tension di kepala, nak qada masa-masa tidur yang tak cukup tu. Jadi home is the best place nak terbongkang sampai ke petang. Lagi-lagi kalau tak boleh sembahyang *perempuan faham la kan*, memang heaven gila. tak payah risau terkepas waktu solat.Memang la orang cakap tak baik anak dara bangun lewat tapi chill la weh. Nanti aku kahwin, aku bangun pagi-pagi la. Sebulan sekali je aku bangun lambat kot (pergh..nampak sangat tipunya)

Aku kat kolej boleh aje bangun solat subuh sendiri, elok kunci jam. Tapi kat rumah aku jadi tak reti nak kunci alarm. Dengan harapan bila mak aku bangun dah nampak aku bagi salam kanan kiri siap solat tapi still terbongkang atas katil. Aku bukan apa, waktu ni gak la nak dengar mak aku jerit nama aku pagi-pagi, selalunya lagu techno adik aku tukang kejut aku. Even aku dah terjaga pun still aku tunggu mak aku datang kejut. Tapi sekarang mak aku dah advance, miskol dari bilik je.



Pasal baju penuh satu bakul tu memang sejak azali lagi aku menyampah benda-benda berkaitan baju ni. Pakai aku suka la, tapi kalau turn nak basuh, sidai dan lipat serius aku tak suka. Bila kat rumah, aku campak je dalam bakul tu bila dah kering, harap ada la yang tolong lipat. Masa kat rumah ni la aku nak buat macam tu, kalau kat kolej aku perangai camtu, memang nak tak berbaju la aku nak tunggu orang basuh, sidai ngan lipat.

Kalau aku memasak kat rumah, macam mana aku nak rasa makanan yang mak aku masak. Dah la kat u, makan air tangan makcik-makcik indon. Lagipun, aku bangun tidur lunch dah siap atas meja. ops :)

Kalau kat rumah ni terus sifat rajin aku hilang serta merta. Terus tak reti nak berdikari. Terus rasa macam nak duduk rumah sampai sudah. Terus rasa nak duduk dengan mak even dah kahwin. hehe

11 December 2011

Everything Is Over

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Akhirnya kerja-kerja yang buat hidup aku huru hara sejak menjak ni dah siap, tinggal 2,3 assignment je sebelum final. OMG, dah nak final rupanya. Just about 3 weeks more before final tapi still rasa macam tak ada apa-apa dalam kepala otak aku ni. Pengunjung belog pun makin lama makin kurang, sedih je tengok comment ada 2,3 kerat je. Tapi kena terima hakikat la, aku pun tak pergi baca belog orang lain apatah lagi nak comment. Nak tengok Running Man pun tak sempat.

Sorry ye sayang sekalian, diri ni dah lama tak menapak kat belog korang tapi nak buat macam mana, study is priority than others. Maybe lepas ni ada KOT masa nak update beloh, singgah belog korang dan comment best-best kat belog korang. Kesian tengok belog ni sunyi sepi, tak ada yang sudi nak komen, tak ada yang sudi nak datang, tak ada yang sudi nak like entry kite...ish..ish..

Last...nah amik peluk cium dari aku. Lepas ni rajin-rajin datang belog ni tau...

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


OMG... Nisa Kay buat giveaway lagi, kali ni hadiah sangat best. nak tengok hadiah, klik sini. Serius banyak hadiah yang akan diberi, jadi ramai la pemenang. Apa tunggu lagi, jom join !

Tidak lupa, penaja-penaja yang baik hati sponsor hadiah

Apa lagi, cepat join dengan pergi ke link ini, cepat sebelum giveaway ni ditutup :)


09 December 2011

Thanks To Be My Best Friend In 3 Years.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Entry khas untuk Nurudin Nazrin. Yang lain nak baca pun tak apa, tapi kalau ada unsur geli-geli. 
Tidak melarang untuk berhenti membaca :)



Akhirnya tarikh ni datang lagi, 9.12 yang mana 3 tahun dulu awak tamatkan sesi mengenali diri masing-masing dengan hubungan "kawan". * istilah kawan lebih sopan* dengan bersyarat.

Thanks dear..
terima saya seadanya
bersama 3 tahun dengan saya susah dan senang
mendengar caci maki, cerita, masalah saya 
bersabar dengan saya
always be my side when i need you
buat hidup saya setiap saat bahagia
buat lawak bodoh dan gelak tak ingat dunia
marah-marah kalau saya degil
penasihat hidup saya
on call dengan saya sampai kredit tinggal 20 sen 
setia "kawan" dengan saya
melayan perangai saya yang entah pape
dan segala awak lakukan selama 3 tahun
no words can describe how lucky i'm to have you as my bf






















Ya Allah, jika dia jodohku, kau percepatkanlah jodoh kami.