10 December 2010

Wanita-wanita mukminat lebih cantik daripada bidadari syurga

Secantik apa pun para bidadari, namun wanita-wanita mukminat jauh lebih cantik daripada mereka iaitu
  1. orang yang membasuh mukanya dengan air wuduk
  2. melaksanankan solat dan taat kepada suaminya demi mencapai keredhaan Allah SW
Berkenaan dengan perkara ini, Allah SWT berfirman yang bermaksud
"'Sesungguhnya Kami menciptakan mereka dengan penciptaan baru dan Kami kembali menjadikan mereka gadis-gadis perawan" Surah Al-Waqiah 56: 35-36
Menurut beberapa orang ahli tafsir, antara lain Abu al-Hasan al-Mawardi, ayat ini berbicara tentang wanita-wanita mukminat di dunia. Allah mengembalikan mereka menjadi gadis-gadis muda meskipun sebelumnya telah menjadi nenek yang tua dan lemah.
Mereka akan dibangkitkan kembali sebagai wanita-wanita yang sangat cantik lalu dipersatukan lagi dengan suami-suami mereka di dunia.
Berkaitan dengan ini, teringat kisah Ummu al-Darda (nama asalnya Hujaimah al-Himyariah). Beliau ialah isteri Abu al-Darda ; seorang sahabat Nabi SAW yang hidup di Syam. Meskipun jarak usia mereka agak jauh, dimana Abu al-Dardar' lebih tua beberapa puluh tahun daripadanya, namun mereka adalah pasangan yang sangat bahagia.
Suatu hari Ummu Al-Dardar' berdoa di hadapan suaminya " Ya Allah, Sesungguhnya Abu al-Dardar' meminangku di dunia, lalu aku menikahinya. Maka, sekkarang aku meminangnya kepada-Mu untuk menjadi suami ku di syurga."
Mendengar ucapan ini, Abu al-Dardar berkata "jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia."
Ummu al-Dardar' ini seorang wanita yang cantik dan cerdas. Maka setelah Abu al-Dardar' wafat, Khalifah Mu'awiyah bin Sufyan datang untuk meminangnya. Namun isteri yang setia dengan cinta pertamanya ini menolak pinangan tersebut.

piisssss: sebab tu aku nak nikah cepat =)

No comments: