16 December 2010

Saya Terima

tajuk post macam nak approve orang melamar je kan.. dush..dush.. ok dah sedar ke alam realiti.
tajuk post ni berkaitan dengan entry yang lepas. 
Selepas dah meeting dengan my mum, melihat komen-komen yang memberangsangkan dalam entry yang lepas.
jadi aku dengan sebulat hati menerima tawaran tersebut tanpa ragu-ragu.( ceh, tak ragu-ragu apa, tadi dok risau takot tak ada kawan nak pergi).
Kenapa ye aku terima..


Mama dan abah suruh terima. Dulu, sebelum abah sakit abah ada suruh aku apply benda ni dan sekarang dah dapat, aku kena masuk. Kalau abah tahu, mesti abah suka.


Nak habis belajar cepat, boleh tolong family. Semenjak abah sakit, masalah kewangan timbul. Jadi, aku rasa ni la satu-satu cara boleh aku tolong mak aku dengan cepat.


Dapat kurangkan jumlah pinjaman PTPTN. Tak adalah banyak mana hutang aku dengan PTPTN nanti. Boleh buat hutang lain pulak. 


Tinggal kat Shah Alam, dekat dengan rumah, makngah pun tinggak dekat je dengan aku. Sekurangnya ada sedara yang boleh menumpang manja. Tak adalah macam duduk kat Perak, sebatang kara.


tapi ada yang aku risaukan..


sekarang ni UiTM ni tak bagitahu dengan lebih terperinci pasal pendaftaran nanti. Dia hanya cakap daftar online. Aduh..


pasal kediaman. Kediaman tak disediakan. wah..macam mana tue..ish.


Barang-barang aku di Perak. Banyak kot. Semua barang ada kat stor hostel di Perak. Masalahnya, stor buka 2 hb dan aku perlu berada di UiTM Shah Alam pada hari yang sama. Boleh tak nak sewa jin seekor nak suh ambik barang aku kat Perak?


1 comment:

ciEk NiENa said...

semoga awak berjaya dalam apa jua pilihan awak yea.. HUHU..