30 December 2010

Saya Ada Wan Yang best

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
Dah berapa hari tak update belog ni, waa mcam mane nak jadi macam Hanis Zalikha yang ada follower beribu-ribu kalau update belog pun malas ni. Ish..
Hari ni aku nak cerita pasal wan aku, Aku panggil wan aku mok, biasalah cucu pertama kan, tengok mak-mak sedara panggil mok, aku pun tiru la. Mane boleh lain dari orang.
Aku rapat sangat dengan wan aka mok ni sebab memang dari kecik aku tinggal kat kampung sampai la dah besar macam ni. 
Wan aku ni tau je apa makanan yang aku suka, memandangkan aku ni balik kampung sekali sekala sebab study, jadi bila aku balik, apa yang aku nak makan mesti dapat.
Aku cakap je apa yang aku berkenan kat hati ni, kadang-kadang tak yah cakap pun, niat dalam hati nak makan apa, esok bangun pagi, tengok-tengok  dah atas meja.Wan aku ni macam boleh je baca hati aku.
Sebagai contoh la, semalam aku ada cakap kat wan aku macam ni
"mok, anis dah lama tak makan pulut yang warna coklat makan dengan kelapa tu"
bila bangun je pagi tadi, dah ada atas meja. memang superb la. Korang ada? 



No comments: