20 December 2010

Mimpi Pagi Selalunya Terbalik

Faham tak apa maksud tajuk di atas. Meh sini aku terangkan, selalunya mimpi di waktu pagi bertentangan dengan yang akan berlaku di realiti. Dulu macam nak percaya atau tidak tapi hari ni kepercayaan meningkat jugak la dengan fakta tersebut.
Nak tahu kenapa?

Biasalah gadis bujang seperti aku ni kan, lepas solat Subuh, mestilah menarik semula selimut dan hanya mengira
1,2,3 tukar tidur.
Sekejap je kalau nak tido waktu pagi ni. dan pagi tadi aku mimpi aku pergi jumpa ayah aku tapi ayah aku tak peduli pun kat aku, mama dan adik-adik.
Tapi dalam pukul 11 am, tiba-tiba aku terdengar bunyi kereta naik ke halaman rumah. Dalam otak aku hanya pikirkan abah dan apa yang aku agak betul.

Korang bayangkanlah abah aku yang kena strok 3 bulan dulu bawa kereta dari Kuala Lumpur ke Pahang.
Abah dah ok sikit dari hari tu tapi masih tak boleh bercakap, berdiri pun masih tergoyang-goyang. Abah memang kuat dalaman. Tapi abah sekarang dah sensitif, sikit-sikit abah menitiskan air mata. Berbanding dulu tak pernah pun aku tengok abah menangis.

gembira tengok abah. semoga Abah cepat sihat. :)

No comments: