10 December 2010

Malukan Diri Sendiri

Malam ni aku nak malukan diri sendiri. Eh..eh..jangan la pikir sampai aku nak masukkan gambar aku yang tak senonoh dalam ni. Aku nak cerita camne aku boleh terjebak dalam dunia IT nie.
Aku ni dibesarkan di kampung, biasalah budak kampung. Mana la ada komputer kat rumah aku ni, nak tulis-tulis kat word pun aku tak tahu. Ada la jugak aku pergi cc tapi tu pun teman kawan aku. Memang aku tak pandai langsung, dulu depan komputer je, aku jadi jakun. Bila aku masuk Form 4 di MRSM Kuantan, ada kelas IT. Nak dijadikan cerita, lepas je kelas pertama IT tu, aku menangis sebab aku tak pandai nak guna komputer, padahal cikgu suruh buat tulisan kat microsoft word je. Aku rasa diri aku ni BODOH sangat. Tapi lepas tu, lama-lama aku pandai la guna komputer sikit-sikit tapi still dalam tahap bawah la. Bila nak taip sesuatu, lambat je siap, ye la nak cari satu-satu huruf. Bila pikir-pikir balik lawak gila aku masa tu tapi bila dah nak habis sekolah, aku dah pandai nak guna komputer. Bila dah ada laptop sendiri ni pun, macam-macam aku explore. Kadang-kadang aku lebih tahu pasal komputer ni daripada orang yang dah pandai guna komputer sejak kecik. 

piss: aku dah tak menaip macam dulu tau, dunia blogging mengajar aku taip dengan laju =)

1 comment:

mE said...

sama!!
anis ok lagi..
macam saya time masuk IPTA baru start menaip..haishh..
takpe pengalaman yang mengajar kita erti menaip..erk terlebey sudah...huhu...keep typing dun tyPO...

^__^