19 December 2010

Macam Mana Nak Kekalkan Hubungan?



Tadi meseg dengan si boyfi., dia kat aku bomohkan dia sebab dia tak pernah rasa nak cari awek lain.
Kali pertama aku dapat pakwe yang tulus hati macam ni.
Nak harapkan monyet-monyet yang dulu, selalu aku dikecewakan.
memandangkan aku ni dah cukup berpengalaman dalam cinta monyet ni dan aku dah wat sedikit penyelidikan la kenapa hubungan seseorang tak kekal lama.


Hukum Karma


Bukan aku nak cakap apa la kan, setiap perbuatan kita akan dibalas. Dulu, aku selalu gak berlaku curang. Waktu couple dengan orang ni, aku skandal dengan orang lain lak. Bila nak serius, orang tu lak mainkan aku. So, waktu aku couple dengan boyfi sekarang, semua yang aku yang aku buat dah dibalas.


Tak Setia


Ada je mamat hanndsome sikit nak ngorat, terus lebur meleleh. Sanggup tinggalkan orang yang dah lama kita kenal untuk orang yang kita tak ahu perangai dia macam mana. Dulu, masa mula-mula couple dengan boyfi sekarang, ada gak la dingorat tapi aku teguhkan hati, tetapkan iman yang aku dah ada pakwe.
lama-lama orang tu bla la dari hidup aku dan aku terus berbahagia.


Tak Faham Perasaan Pasangan


Waktu orang tu tengah marah, kita ajak lak manja-manja. Waktu orang tu nak manja-manja kita tengking dia. Mana nak kekal la kalau macam tu. Tak faham dengan situasi. 


Terpengaruh Dengan Cakap Orang


Dulu, penyebab aku selalu calsh, ni la sebab utama. Orang sibuk buat cerita pasal bukan-bukan. Sebelum aku couple dengan boyfi sekarang, aku bagi syarat, kalau dia ada dengar cerita orang, tanya aku dulu. Alhamdullilah, even kami dihujani dengan pelbagai cerita buruk pasal diri masing-masing, kami bawak berbincang dan kami kekal samapi sekarang.


pisssss: kalau ada lagi, aku update

6 comments:

kay yea said...

setia + bertolak ansur..hee~~

Anis Adila Aris said...

betul tue..hehe

Anis Adila Aris said...

betol betol (nada upin ipin) :)

sekuk tawa said...

pergh...kalo yang macam aku takder kapel ni..camne plak..

Anis Adila Aris said...

cari la couple cepat2..hehe

safiera said...

ada x idea lain nak kekel lama.cadangan ny x berapa leh pakai