03 December 2010

Kucing Pun Sayangkan Anak

Petang tadi aku bagi makan kucing yang aku cerita kat korang tu.
Sepinggan gak la nak bagi 4 ekor tu makan.
Nasi + ikan goreng memang best la untuk dinner si kucing ni
Mula-mula aku bagi makanan tu ada anak-anak kucing je, maknya takde.
Pastu baru la si mak datang tapi aku pelik..
nak tahu kenapa aku pelik???

Mak dia makan nasi pakai tangan, (janganlah nak kerut sangat dahi tu. Sah-sah la aku tipu.)
Mak dia pandang je anak-anak dia makan padahal  si mak ni la yang carut-carut bising-bising mintak  nasi tadi.
Rupanya dia bagi dulu anak-anak dia makan, anak-anak dia dah puas melantak, baru lah si mak makan saki baki makanan tadi.

Tengok!!! Kucing aka binatang pun sayangkan anak. Jadi kepada insan yang membuang anak kita nak gelarkan sebagai apa ye??? 

pissss: semenjak ada anak-anak kucing kat rumah ni, dah boleh memahami hati si kucing =))


No comments: