14 December 2010

Korang sembahyang penuh tak?

sebenarnya hari ni tak ada idea la nak tulis apa kat belog ni. Biasalah hari ni aku ni jadi anak dara sepenuh masa, tak ada keluar-keluar, jadi tak ada lah yang ingin dikongsi.
tapi tadi aku pergi solat jemaah Maghrib dan isyak di masjid, mak aku wajibkan start dari hari ni. Teringat lak kenangan waktu duduk kat asrama dulu, selalu aku ponteng pergi surau tapi aku sembahyang tau dalam bilik.
Tak tahu la kenapa bila masuk MRSM, jadi degil. Tak ikut peraturan maktab, biasalah diri dah rasa bagus, gitu la jadinya. 
Dulu kat MRSM, waktu Maghrib aku sembahyang dalam bilik sebelum pergi study, sembahyang dalam bilik yang gelap takut kantoi dengan warden kalau pasang lampu. Lepas solat, turun duduk lepak dengan budak yang tak boleh sembahyang. Duduk lah menambah dosa mengumpat orang sementara nak tunggu orang siap solat Isyak.
Bila dah habis study pukul 10.30 malam, baru la balik bilik solat Isyak. Ada seorang roomate aku ni ada pangkat LDP, lebih kurang pengawas la. Nampak je aku nak sembahyang Isyak, dia cakap camni
"rajin Anis ye, solat sunat sebelum tidur"
ambik sekali, dush..dush..kena kat muka aku tapi biasa lah gengster kan, tahan je la telinga ni..hehe
geng star ( nie la geng solat didalam bilik)

ni la roomate selama 2 tahun ;)





No comments: