26 December 2010

Kesian Lelaki

Assalammualaikum dan selamat sejahtera


Entry ini akan membuatkan sesetengah orang akan tersentap.
Jadi jika taknak ambil risiko, janganlah baca ye. Jangan marah aku ye kalau tersentap, jangan nak caci maki diriku ye sebab aku dah warning.


Kesian aku tengok suami yang isteri dia tak tutup aurat. Dapat dosa free macam tu je la. Tak akan la tak tahu dosa bini tu ditanggung oleh si suami juga kalau si bini buat dosa. Yang aku pelik, si suami tak rasa rugi ke tayang bini kat orang lain yang sepatutnya buat tatapan si suami seorang.


Tadi mak aku cakap, bila kita pandang orang yang tak tutup aurat kita pun dapat dosa. Kesian la kat kaum lelaki ni, tak buat salah pun dapat dosa. Ye la,bila keluar mesti jumpa orang yang membuka aurat, jadi bertambahlah dosa-dosa yang sedia ada tu.
Sebab tu la waktu aku belajar kat UiTM Perak, budak kos aku tak boleh free hair.
Lecturer aku cakap, kesian budak lelaki dalam kelas dapat dosa free tengok perempuan tak bertudung.


Aku pernah terdengar ceramah agama, nak bezakan perempuan menutup aurat dengan perempuan tidak menutup aurat seperti makanan yang disimpan dengan elok dan makanan yang didedahkan.
korang pikir la mana satu yang elok.



dan aku amat terasa kalau orang cakap
 "perempuan bertudung ni bukannya baik sangat"
helloooo..at least kitorang dah terkeluar daripada list dosa tidak menutup aurat!! ( tanda seru bermakna penegasan, sila baca dengan nada sinis)

dan kepada kaum wanita di luar sana, meh la kita menutup aurat, tak rugi pun. Nak cakap tak ada style, orang bertudung zaman sekarang lebih ber'style" dari orang yang free hair.










6 comments:

Nasriq said...

betul tu...saya sokong... rugi jea...

Yaya Abu Bakar said...

AGREE sangat2!!!

the thing is now Anis, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. So bile ade segelintir perempuan bertudung yang buat hal, terus jer nak label sume perempuan bertudung mcm 2.. itu lah namenye cetek pemikiran...

so, biar ape orang kata about perempuan bertudung, yg penting just be ourself.. dosa masing2 tanggung kan. yg penting kita perempuan bertudung dah lepas azab xtutup aurat...
='p

Yaya Abu Bakar said...

btw, cute je lalat n gadis2 lukisan kat atas 2. haha..

Anis Adila Aris said...

nasriq> rugi je kan..hehe
kak yaya> sokong kak yaya..hehe

Nobita Sensei said...

hmm..boleh buat bini nih..

Nasriq said...

boleh buat bini? nak jugak la...