15 December 2010

Kegawatan Ekonomi

Masa aku tak ada duit ni la, macam-macam benda terlintas kat kepala ni..
Nak beli itu la, ini la.. Semua benda nak beli. Tapi mujur lah akal ni masih mampu nak kawal nafsu diri ni.
Jom tengok apa yang aku nak..

1. Printer yang baru..
memandangkan aku ni buat bisnes printing kat UiTM, jadi benda ni amat la penting bagi aku. 
Printer lama buat masalah kat aku, orang kata printer ni dari baiki,baik beli yang baru je ;)

2.Handphone baru
eja.. kau dah berjaya memperdayakan aku. Biasalah kita selalu suka benda yang sama, nasib baiklak aku tak minat kat pejal kau. Telephone aku sekarang memang la teramat uzur. 
Mula-mula nak E5 sebab camera 5MP tapi bila pikir balik ambik je C3 dan beli....

3. Camera :)
Sebelum ni aku dah ada camera tapi telah dijahanamkan oleh "adik kesayangan".
Biasalah blogger mestilah secara tak langsung jadi seorang photographer untuk dimuatkan dalam blog.
pergi mana-mana nak tangkap gambar.

4.Koleksi selendang yang banyak
Faham tak perkataan "yang banyak"? 
maknanya terdapat pelbagai jenis, warna dan bentuk corak.

5.Koleksi make up sendiri
lepas ni boleh la aku menconteng muka selalu tanpa pinjam make up mama ;)


pisssss: sesiapa yang bermurah hati tu, rasa-rasa duit banyak sangat sampai tah tahu nak buat apa, boleh lah berikan barang-barang aku senaraikan tu. =)





4 comments:

nabila faryzza said...

weyh! apsal tiruuu?

Anis Adila Aris said...

haha..
sebab aku rasa fon nie best..hehe

spe2 je la.. said...

camera tuhhh!!!
sebijik cm aku pny...ahaha...

Anis Adila Aris said...

best tak camera nie?