06 December 2010

Duit oh Duit

Sekarang siang dan malam aku memikirkan duit.
Biasalah duit dalam bank makin kering, cuti-cuti ni memang tak dapat elaun daripada mak aku, biasalah makan minum dah free bila duduk kat rumah ni.
Tapi kan masa tak ada duit ni la nafsu aku yang satu antara sembilan ni membuak-buak.
Nak tahu nafsu apa? Ala bukan nafsu buat maksiat tu, ini nafsu nak membeli barang.
Tengok orang pakai selendang cantik-cantik, baju cantik-cantik, beg cantik-cantik, tergugat iman aku.
Sekarang ni rajin tengok orang yang berfesyen-fesyen ni, diri ni rasa nak berfesyen-fesyen gak la. 
padahal bak kata boyfi aku "keluar Temerloh je kot, nak pakai lawa-lawa buat apa, orang keluar pakai seluar track dengan t-shirt je keluar Temerloh" tapi bila pikir banyak kali ada betul gak.
Lain la kalau aku ni tinggal kat Kuala Lumpur sana, pakai la nak pakai ape pun, orang tak kisah. Kalau bandar Temerloh ni, dah pakai pelik sikit, orang pandang diri ni dari hujung kedai sini sampai la kita jalan hujung kedai sana. 

macam ni berpakaian bila keluar bandar Temerloh
sangat simple









2 comments:

zacky ~786~ said...

ok apa cmtu..~ sweet jer.. cewahh puji cm nk mintak apa x2 jerr kn :PP

slmat mlm..

Anis Adila Aris said...

baik cakap nak ape??? (muka tengah siyes) hehe