18 December 2010

Bring Out The Happiest You !!


Pernah tak korang jiwa kacau? Kejap rasa happy, kejap moody.
Biasalah hidup kita ni tak boleh lari dari masalah tapi apa pun kita berhak untuk gembira kan..kan..
aku ada tips untuk GEMBIRA..khas untuk pembaca...hehe

know who you are

kita mesti kenal diri sendiri dengan lebih mendalam, tahu apa kelebihan dan kekurangan diri kita. Lepas tu terima diri seadanya. 
jangan nak sibuk kenal orang, diri sendiri tak tahu macam mana.

be open

tidak berfikiran sempit, melakukan perkara yang di luar kebiasaan.
Tapi janganlah korang cuba benda yang memang salah di sisi agama dan undang-undang. Maksud aku, kenal kawan baru, pergi tempat yang baru dan buat perkara yang baru. Dunia baru la katakan.

be active

kuat sikit diri tu, jangan nak lembik je macam sotong. Ada tu badan besar, tapi hati tak kental langsung. Biasalah dalam hati ada taman.
Kita mesti berusaha untuk kita capai apa yang kita nak.
Luahkan apa yang kita suka dengan tak suka, mesti korang lega.

live in the present moment

kena buat matlamat hidup. Apa yang kita nak 10 tahun lagi tapi jangan obses sangat. Dah buat target, so kita kena berusahalah nak capai matlamat kita tu.

invest in other's happiness

paling penting, kita berusaha buat orang lain gembira. Membahagiakan orang lain macam kita dapat faedah daripada pelaburan.
Korang perasan tak, kalau kita buat orang happy, gelak, mesti kita rasa senang hati. ;)

Berusaha untuk gembira

buat perkara yang boleh datangkan kegembiraan pada korang.
Gembira tu adalah hak mutlak diri sendiri tau.




No comments: