07 December 2010

Boling Beranda

Pernah dengar tak Boling Beranda? Mesti tak kan..
Ia bermaksud main boling kat beranda rumah. 
Rumah aku atuk aku tiba-tiba ramai dengan budak-budak, biasalah cuti-cuti sekolah ni sepupu-sepupu balik kampung.
Petang tadi selepas layan makan goreng pisang, aku dengan budak-budak ini lepak kat beranda. Memang patut digelar budak-budak sebab umur mereka bawah 13 tahun, kesian kan aku kawan dengan budak kecik.
Tiba-tiba salah seorang daripada budak-budak ni ajak main boling, Pergh, dalam otak aku, sejak bila kat Temerloh ada pusat boling, rupanya boling yang direka oleh mereka sendiri.
Bermodalkan bola tenis,1 botol besar, 3 botol kecik dan 1 botol kapur kasut.
bola tenis sebagai bola boling, botol-botol ini sebagai pin. 

botal besar-10 markah
botol kecil-5 markah
botol kapur kasut-2 markah
kami bermula dengan undian sape jalan dulu dan aku orang kedua daripada 5. Mula-mula main, markah aku rendah sekali tapi biasala hero kalah dulu dan aku telah dapat tempat kedua. Aku ditugaskan tukang catit markah, so adalah gak markah free yang aku tambah sendiri

nie la pin yang kami kena jatuhkkan

tu aksi salah sorang daripada budak-budak, he is a champion

garisan yang tak boleh lepasi ketika baling bola

buku catatan markah, saingan sengit antara anis dan amar

pissss: tahun depan aku dah nak masuk tahun puluhan dah, tapi perangai still macam anak-anak ribena






No comments: