05 December 2010

Blog Oh Blog


ini kali kedua join aku join segmen encik badan tough ini.
malas nak banyak cerita, tengok je jawapan aku bagi soalan-soalan yang diberi
(dahi berpeluh-peluh nak jawab macam nak sit SPM)

Usia anda berblog .. 
Baru setahun 2 bulan, kalau budak kecik ni baru bertatih. Sama jugak la macam aku, masih bertatih dalam dunia blog ini

Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog
Waktu tu awek kepada abang boyfi aku, kak yaya.
Dia kate blog ni boleh jadi diari kita tapi boleh orang lain baca.

Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog
perkongsian cerita, terbayang-bayang cara penulisan blogger-blogger yang cool, berguna dan ada yang bosan

Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog ..

Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT
mula-mula cerita apa itu blog, bagi tengok apa itu blog, suruh buat blog...
lama-lama tau la =))

Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda ?
Setiap masa pikir apa yang nak dikongsi di blog ini, tengok makanan pikir blog, tengok kucing, ingat blog.  Kalau dulu bila online, buka facebook je tapi sekarang buka facebook, kena log in blog jugak. Kalau tak post entry, blogwalking kat blog lain. Kadang-kadang dapat info berguna, kadang-kadang jadi penghibur di kala duka. Kalau dulu, cerita-cerita best simpan dalam hati, buat gosip dengan kawan-kawan tapi sekarang  boleh post kat blog, kongsi dengan orang yang kita tak pernah jumpa. Edit blog sampai lewat malam sebab nak suruh orang sedap mata memandang, biar ada yang terikat di hati nak singgah banyak kali =)) (aku buat kat word tau nak dapatkan betul-betul 100 patah perkataan)

1 comment:

Anonymous said...

saya join jugak