18 December 2010

Belajar Di Malam Hari

Korang mesti ingat.. waa..rajinnya Anis Adila Aris ni study malam-malam buta.
Mesti ada gak yang cakap, eee...semangatnya Anis Adila Aris study waktu cuti-cuti ni, tak sabar nak sambung degree la tu.
Hello, aku tak ada lah ulat buku sangat dan tak adalah semangat gila nak sambung belajar.
Aku tengah belajar toturial pasal belog tercinta ni.
Nak cantik kan, mesti rajin. Bukan aku yang cantik, belog ini. Ye la, taknak korang menyampah dengan belog aku ni. Biar bila korang singgah sini sekali, nak singgah lagi.
Lepas tu bila online, dah buka facebook, sign in belog sendiri, pastu laju-laju tengok belog aku lak, nak tengok ada entry baru ke tidak. (perasan diri macam popular, biasalah nak sedapkan hati)
btw, terima kasih banyak-banyak la siapa yang sudi membaca entry-entry aku yang merapu ni.
Nanti aku cuba bagi entry yang berguna pulak ye. Baru ada faedah berblogger ni. :)

No comments: