12 December 2010

Anak Sulung Kuat Mengadu

siapa anak sulung, angkat tangan!!! betul ke orang kata anak sulung ni kuat ngadu?
Dulu si eja pernah cakap anak sulung ni belaci (eja,betul ke belaci??) aku pun tak tahu apa itu belaci tapi maksudnya suka mengadu la. Aku ni sebagai anak sulung ni memang aku perasan pun sifat tu ada dalam diri aku ni. Sebagai contoh, peristiwa yang berlaku petang tadi..

Tadi kami sekeluarga nak pergi Taman Tasik. Adik aku si Haqqim tu la beria sangat nak joging,mulanya aku malas nak pergi, biasalah berat badan dah turun banyak kan. 

Bila nak naik kereta, tiba-tiba aku dengar Haqqim cakap kat Ainaa...

" Adik, kalau ma tahu, habislah awak"

Aku pun menyampuk..
"Kenapa Haqqim?"
Haqqim manjawab..
"Nanti la aku cerita"

Tetapi kerana aku ni ada sifat yang ingin tahu tu sangat mendalam, akhirnya Haqqim cerita yang si Ainaa ni calarkan kereta mama. Aku pun...
"mama, Adik calarkan kereta mama kat tepi. Dia bawak basikal ikut celah kereta"
so, meletup la gunung berapi..eh, silap.. Tercetus la bebelan mak aku kepada adik aku, Haqqim pun ada gak kena sikit-sikit. Aku hanya membuat thumbs up kepada adik aku. Aku tahu adik-adik aku malang dapat kakak macam aku..hehe

tersenyum puas hati :)

kakak yang "baik"

budak kena bebel :)

budak yang terkena juga tempias bebelan :)




4 comments:

nabila faryzza said...

yess u are. balaci tu, tukang report.
"kecoh la kakak ni! sumer nak bagitahu ma! takpetakpe!" HAHAHA :D

Anis Adila Aris said...

kan silap ejaan..balaci..
haha

Anonymous said...

balaci tu org bawahan lah...anis adila balaci sy..ahhaha

Anis Adila Aris said...

macam saya kenal je anonymous kat atas ni..
btw awak butler saya.. ;)