18 December 2010

Aku Berlakon Lagi

Gempar ye statement di atas, korang suka kan statement macam orang-orang popular ni. Entry yang lepas mengenai aku di dada akhbar pun ramai yang singgah. Ini bermakna kena la aku jadi artis untuk menarik orang datang belog ni (ayat mintak pelempang)
Btw tq kepada semua yang sudi datang baca belog yang banyak merapu ni.hehe
Berbalik kepada cerita, dulu kan aku ada nak cerita yang aku ada berlakon di UiTM untuk subjek koko.
Semasa aku sem 2, aku masuk kelab drama, aku kan suka benda-benda macam ni. Aku tekadkan hati even tak ada seorang pun kawan aku nak ikut jejak aku sama-sama masuk kelab drama. Dalam kelas, senyap je sebab orang lain ada geng tapi lama-lama ok la.

Dekat nak habis sem, kami ditugaskan buat pementasan teater. Orang yang ajar kami tu Acu namanya. Acu suruh kami buat skrip sendiri dan aku buat la satu skrip bertajuk pejuang ....... (aku dah lupa tajuk)
yang mengisahkan tentang kisah waktu zaman peperangan dulu-dulu. Seorang tentera yang bernama Yusuf terpaksa tinggalkan keluarga untuk berperang dan tewas semasa peperangan. Semasa Yusof pergi, Leha (bini Yusof) tengah mengandung anak ketiga.

Aku memegang watak Leha ( perempuan mengandung yang ditinggalkan)..mesti korang cakap camni..
eee.dah la dia wat skrip pastu berlakon lak, mesti syok sendiri
Kitorang diuji bakat untuk berlakon tu, so aku terpilih. maybe aku ni macam perempuan mengandung..haha.. Suami aku pulak ialah Afieq Jibriel.

waktu berlatih, masa kena bertentang mata dengan si suami.. malu kowt..haha

berbincang dengan tenaga krew (ceewaah,,x boleh bla). Yang duduk mestilah perempuan mengandung.:)

pelakon-pelakon

semasa hari pementasan


tengok perempuan mengandung tu.,haha


masa ni tengah berlakon, waktu ni baru start cerita.




2 comments:

AfieqJibril said...

hoit promote ak eh?...haha....
rindu woh time nih...

Anis Adila Aris said...

tau takpe..
aku pun rindu..hehe