30 November 2010

Saya belajar masak =)

Korang pernah tak tengok cerita Dalil Cinta, cekerama TV 3?.
Sape yang pernah tengok, ingat tak babak yang Syarifah Amani kena masak ikan keli masak asam pedas, pastu dia sembur je pencuci pinggan kat ikan keli tu supaya hilang bau.
Ikan keli memang berbau hanyir, kalau tak pandai cuci, memang tak hilang bau  tu.

Dan tadi mak aku bagi  2 ekor ikan keli suruh aku siang. Maybe mak aku taknak aku kena marah dengan mak mertua aku nanti sebab tak reti masak ikan keli.
Dan aku buat pertama kalinya aku siang ikan. Diulang pertama kali aku siang ikan dan diuji dengan ikan keli.
nak tahu apa jadi???


AKU BERJAYA

nak tahu tak cara-caranya? (angkat-angkat kening tanda BANGGA)

1. belah dua ikan keli tu
2. cuci ikan keli tersebut dengan asam jawa. Buang lendir, buang darah, cuci sampai ikan tu rasa kesat.
3. kelar bahagian badan ikan keli tu.
4. kalau nak goreng, letak kunyit, letak garam.
5. masak la apa yang korang suka.

Aku masak ikan keli masak sambal. Aku tanya mak aku, berbau tak. Mak aku kata OK dan aku tengok adik aku makan tak pandang kiri kanan dah. ( sekali lagi angkat-angkat kening)

nak je aku cakap kat mak aku " maknanya Anis dah boleh kawin la ye ma??"

pisss: semalam juga, kali pertama aku siang ayam. nak + skill masak..=))




1 comment:

nabila faryzza said...

pergh!! cubaan berjaya. :))