25 November 2010

Permainan Dulu-Dulu 2

Ada sambungan lak kisah aku yang lepas. Memang saja aku malas nak tulis panjang-panjang, nanti korang malas nak baca.


Masa aku kecik-kecik dulu, bila kat rumah aku tak ada kawan perempuan sebab ramai kawan perempuan yang satu sekolah tinggal jauh dari umah aku. Mak aku mana kasi nak pergi rumah kawan yang jauh-jauh ni. So, aku kawan la dengan sedara aku, diorang ni ikutkan pangkat bapak sedara tapi umur dekat dengan aku.
Wan aku ajar diorang ni mengaji.
Mereka adalah Khairul, Nizam dan Mamat. Mereka adik-beradik. Khairul 4 tahun tua dari aku, Nizam lak sebaya dengan aku, Mamat ni muda 4 tahun dari aku.
Dulu, aku ngekor je la apa budak ni buat. Antaranya...


Main Sorok-Sorok
Seronok tau main sorok-sorok ni. kawasan rumah aku besar, biasalah rumah kampung. So, banyak la tempat yang boleh dijadikan tempat persembunyian.Antarnya atas pokok. Aku ni pakar tau bab-bab panjat pokok rambutan dengan manggis. Kadang-kadang tak menyorok pun, ikut tukang cari dari belakang tapi penat la nak lari-lari.


Main Rounders
Korang tau tak ape?? Benda ni ala-ala game kriket tu tapi pakai kayu biasa dengan bola besbol. Memang penat la kalau bola tu melantun jauh, lagi-lagi kalau masuk dalam semak. Aku sampai sekarang tak main benda tu sebab bola tu hilang masuk dalam semak, aku cari tak jumpa.


Pergi Mengail
Aku rasa benda ni bukan game tapi salah satu aktiviti aku waktu dulu la. Kat kebun getah atuk aku ada kolam kecil. Kat situ la selalu aku ngail ikan menggunakan kayu panjang, lilit dengan tali tangsi, letak mata kail dan umpan cacing. Ganas tak aku??? Tapi aku ni cepat bosan, bila tak dapat ikan, aku mula la main-main. Baling batu dalam kolam la,pastu aku pun kena marah dengan budak-budak tu.


Pernah dulu, aku nak ikut budak ni masuk hutan, pastu diorang bagi macam-macam alasan kat aku.
Banyak kerbau ganas la. Aku cakap la aku boleh panjat pokok, pastu diorang kata pokok kat dalam tu semua tinggi mana boleh panjat. So, aku pun tak ikut sebab takut.

2 comments:

azaliahjsalleh said...

x main masak2 ke ? kawin2 ?
ahahahaaaaa
fav tuhhhh

Anis Adila Aris said...

tak main sebab xde kawan perempuan..
ajak budak laki, diorang taknak main..
hehe..
terpaksa la ikut kehendak diorang..]
cian kan...hehe