28 November 2010

Menyayangi Adik Sendiri

Rasa sayang tu jadi membuak-buak bila adik beradik take care sangat pasal diri kita.
Lagi-lagi si kecil yang masih mentah.
Aku ada 3 orang adik beradik sama mak dan ayah dan aku adalah anak sulung.
Jarak kami antara adik beradik agak jauh la, aku dengan adik kedua 6 tahun manakala adik aku yang kedua dengan yang ketiga 7 tahun.
Nama adik aku yang kedua adalah Mohd Haqqim Bin Md Aris manakala adik bongsu aku adalah Ainaa Annisha Binti Md Aris.
Korang perasan tak semua adik aku mesti ada huruf double dalam nama diorang tapi aku tak ade??
Mak aku cakap, nama adik-adik aku ni didaftarkan oleh ayah aku, mungkin aku ayah aku suka huruf double kot. Kadang-kadang ayah aku salah tulis nama aku jadi Anis Adilla. 
Walaupun kami hanya 3 adik beradik tapi suasana rumah tak ubah macam 10 orang adik-beradik. Kitorang selalu menyakat, yang paling selalu kena sakat mestilah Ainaa. Aku dengan Haqqim akan sakat dia sampai dia nangis lepas tu kitorang buat bodoh.
Bila dia kena marah dengan mak aku je, mesti aku jerit " Siapa kena marah??" pastu si Haqqim jawab " adik".
Pastu kitorang kira 1 sampai 6 guna jari, yang 1 dan 6 tu tunjuk tumbs up.
Tapi bila Haqqim kena marah pun , Ainaa pun buat macam tu gak. Aku je yang tak kena apa-apa. Haha..
haqqim nie selalu kena buli dengan aku, kalau dia nak main laptop mesti kena buat sesuatu dulu, baru aku bagi pinjam. Jahatkan aku??
Tapi aku suka tengok adik aku yang Ainaa tu, dia kalau beli barang mesti ingat kat aku dengan abang dia. Kalau pergi kedai dengan wan aku, mesti beli 3 keropok, 3 ais krim. Baikkan dia?
Pape pun aku sayang diorang sangat-sangat.=))



No comments: