21 November 2010

Aku Nak Kahwin

Tajuk entry agak menggedik.
Tapi aku serius!!!
Kalau lah mulut ini mudah berkata-kata, meluahkan apa yang terbuku di hati.
Aku bukan apa, aku penat menanggung dosa yang aku dapat secara percuma.
Ye.. aku sudah mempunyai kekasih hati, kekasih hati yang memahami, yang menyayangi aku seadanya.
Ya Allah, Kau percepatkan jodohku. Aku ingin menjadi insan yang soleh disisimu.
Kenapa lepas kahwin baru aku nak jadi insan yang soleh??
Aku tahu aku tak dapat menahan godaan syaitan yang sentiasa menggoda aku melakukan kesilapan dari hari ke hari, yang sentiasa menaikkan hawa nafsuku semasa aku bersama insan yang aku sayang. Aku dah tak dapat bertahan.
Jika aku telah dijodohkan dan menjadi yang halal untuk dia pasti aku menjadi orang yang lebih beriman. Yang akan menjadi hamba yang sentiasa mentaati perintahMu.
Apabila aku baca entri mengenai kisah nikah gantung, aku teruja tapi apakah daya perkara itu tidak dapat diluahkan oleh mulut. Banyak perkara yang menghalang.
Dari segi umur, keadaan pasangan, keadaan aku sendiri yang masih dianggap mentah untuk mempersoalkan tentang perkahwinan. Terpaksa aku bertahan dalam dunia yang menggoda manusia untuk melakukan larangan Allah SWT.
Hanya kepadaNya aku berserah. Kau lebih mengetahui. Amin..

5 comments:

*faralina* said...

huhu...aq nak kawin awal gak...

aSh'MeCk'Da said...

ish muda g..
bagi dapat pa yg ngah anda kerjakan..
xlari gunung dikejar..
yg pentg ikot trutan adik bradik bg abg azrin mu kawen dlu..
haha..

Anis Adila Aris said...

gunung mg tak lari kak ida..
orang nie bkn leh caye..hehe
azrin laki, xpe ans potong turn..huhu

faralina> waa..dah ade calon la nie

Anonymous said...

I’m wondering now if we can talk about your sites statistics – search volume, etc, I’m trying to sites I can buy adspace through – let me know if we can talk about pricing and whatnot. Cheers mate you’re doing a great job though.

Anonymous said...

I’ve meant to post about something like this on my webpage and you gave me an idea. Cheers.