18 October 2010

tanda lelaki sayang

ini adalah untuk para wanita di luar sana..
bersediakah kamu untuk entri yang panjang lebar???


apabila lelaki itu benar-benar jatuh cinta dan sayang kepada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. hati dia yang keras macam batu tu boleh jadi selembut kapas.
selain itu, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Malah, dia sanngup menitiskan air mata apabila hatinya di lukai, namun kita sebagai kaum Hawa ni janganlah mengambil kesempatan daripada keikhlasan lelaki tersebut.


kalau kita sedar bf kita tu terlalu bersunnguh melakukan sesautu untuk kita dengan rela hati, maknanya kita tidak salah memilih bf. perkara ini jelas menunjukkan bahawa dai bukanlah nak permainkan kita atau mengambil kesempatan ke atas diri kita ini.


malah, jika dia selalu senangkan hati kita, dia serius dengan kita. dia ingin pastikan kamu bahagia dengan dia.
tidak hairanlah, selama ini hubungan kamu begitu ceria dengan dirinya.


jangan kamu anggap bf kamu sebagai yang kuat membebel kalau dia asyik menasihati kamu jika kamu melakukan kesilapan. ini untuk memastikan hubungan kamu berdua berjalan lancar tanpa sebarang masalah.


kalau dah sayang ni, macam-macam kita pikir. Contohnya, kita takut kehilangan kekasih hati kita, Termasuk jugalah dirinya. Dia akan memikirkan tentang kesudahan diri kamu. Ini bermakna dia selalu memikirkan tentang hubungan kamu dan bagimana nak memastikan hubungan kamu dan si dia berakhir dengan bahagia. Kalau boleh, biarlah ke jinjang pelamin.


kadang-kadang bf kamu bersikap seperti budak-budak yang merengek-rengek nak itu dan ini. ini bermakna dia mahukan perhatian dan kasih sayang lebih daripada kamu. bila dia merajuk, janganlah segan-segan nak pujuk. jangan pulak kita ni pikir dia mengadangada. Bukan senang lelaki nak ubah ego dia menjadi seorang yang manja.


bila kita hadapi masalah, dialah orang pertama yang akan bersama dengan kita dan kongsi masalah kita.
tandanya dia taknak tengok kita susah hati dan sentiasa mahu lihat kita gembira.


jika dia sentiasa cakap "i love u" kat kita, janganlah kita bosan. ini bermakna dia ingin pastikan kepada kamu bahawa cintanya kepada kamu tidak pernah kurang. dan dia juga nak ingatkan bahawa diri kamu itu sudah menjadi miliknya.


jadi adakah bf kamu ada ciri-ciri yang aku cerita ni. kalau ada, untunglah...





2 comments:

Anonymous said...

ade..tp dia bukan bf sye..mcmne?haha

Anis Adila Aris said...

ha??
tak dapat la den tolong kalau camtu...
ape kate berusaha supaya dia akan jd bf kite gak..