17 October 2010

kembali mengarang

Agak lama aku mendiamkan diri dari dunia blog ini.
Kali nie memang aku tiada kesempatan nak mencoret isi hati kat blog nie kerana berlambaknya assignment, tutorial dan macam-macam lagi.
Study week sudah bermula, ada juga la kelapangan masa untuk aku menaip, berkongsi isi hati.
Banyak cerita yang tertangguh untuk diceritakan..
hari ni aku kan start dengan cerita aku ke Pulau Pangkor bulan lepas. Diulangi BULAN LEPAS.
kalau ikutkan dah nak basi pun cerita ni tapi aku tetap nak cerita...


yang pergi ke Pulau Pangkor, budak-budak perempuan kelas aku, diulangi BUDAK PREMPUAN.. kenapa aku kena ulang banyak kali ni?? 
ye la nnti ada gak bawak mulut aku pergi pulau dengan jantan la, bapok la, ape la...




bas nie la yang kami naiki nak ke jeti Lumut..
tambang bas RM6 je dari UiTM Seri Iskandar..

gambar kenangan sebelum kami naik feri.
semua adalah budak perempuan kelas saya. 
2 orang tak dapat ikut..


kami menginap di Pangkor Inn Chalet, kira economy gak la untuk student macam kami nie..

dan aktviti paling seronok adalah snorkling..
seronok gila wa cakap sama lu..
nampak ikan terbang berenang depan mata je..sangat cantik..

tujuan kami wat trip ni untuk meraikan kami dah sekelas selama 3 semester. Budget kami hanya seratus dan ia mencukupi.. =))

No comments: