19 October 2010

aku dah jumpa dia 2

dah beberapa bulan  hari meseg, dia ajak aku couple. gila gentleman mamat nie..
mula-mula macam biar je, takut pisang berbuah buat kali ke berapa entah. Dah berapa kali aku kecewa oleh monyet-monyet sebelum aku kenal dia.
tapi bila aku ada problem, teringat kisah aku dengan monyet-monyet dulu, aku cerita kat dia. Dia dengar je isi hati aku, kadang-kadang bagi nasihat yang bernas, kadang-kadang nasihat yang entah pape.
Akhirnya aku jatuh cinta MySpace dengan mamat ni.
First time dating, kononya nak bawak aku pergi KFC, last-last pergi kedai mamak je.
duduk face to face tapi nak borak guna meseg. malu la sangat kononnya. MySpace
tapi malu tu makin lama makin hilang tapi takde lah sampai aku kentut depan dia. Kalau gelak ke, makan ke, memang takde istilah cover dah. Kadang-kadang sampai berebut-rebut makanan. MySpace
sekarang hubungan aku dengan dia dah nak masuk 2 tahun. 2 tahun bukan la lama sangat tapi kiranya dapat gak aku bertahan dalam hubungan ni. Kami sama-sama jaga hubungan ni, cuba nak memahami antara satu sama lain, cuba nak membolot harta antara satu sama lain, sama-sama cari duit untuk menampung perbelanjaan kahwin kami.. dah terlebih dah nie..
Yang penting aku kenal sayang aku.. (tiba-tiba terngiang lagu 150 juta kali). MySpace

No comments: