09 September 2010

Raya bersama Lisa Surihani

Semalam aku dengan Lisa Surihani pergi beli baju raya sama-sama. Kami beli baju kebaya, baju kurung, baju dalam kurung pahang. Lepas tu kami berbuka bersama-sama. Dia belanja saya, dia baik sangat. Korang pernah ke??? Tiba-tiba aku dengar telefon aku berbunyi...
mimpi rupanya =P

Angan-angan je la aku nak beraya dengan Lisa Surihani yang super duper cute tu. Jumpa pun tak pernah.
Sebenarnya aku nak cerita yang raya kali ni macam tak meriah bagi aku tapi tak tau la tiba-tiba meriah ke seok, mane la tau kan.

Walau apa pun, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA YANG MENYAMBUT BULAN SYAWAL INI.

pisssss : laksa lemak & laksa penang dah siap, esok marilah datang ke rumah. =))

2 comments:

AfieqJibril said...

siot ko.....ak ingt btl2......

Anis Adila Aris said...

hahahaha..
impian je la kalau nak betul2