22 August 2010

nak BABY!!


Gatal sungguh dah gayanya aku ni. Kahwin belom lagi, nak anak pulak. Sabar anis sabar..


Dan aku tak paham kenapa betina perempuan kat luar sana sanggup buang anak merata-rata. Nak buang anak kucing pun tak sanggup, ni anak orang.. Bukan sekejap tanggung bayi dalam kandungan tu, 9 bulan kowt. Bukan anak orang, anak sendiri.
Orang yang dah kawin susah payah nak anak, mereka boelh buang-buang lak anak. kalau buang depan masjid ke, rumah orang ke, boleh di kira bertimbang rasa lagi, ini tidak buang kat tong sampah, longkang. Ape nak jadi orang sekarang ni.


sedih sangat tengok manusia diperlaku seperti haiwan.


Kalau diorang jaga baik-baik anak tu, mana tau satu hari nanti anak tu boleh bagi kesenangan bila kita tua nanti. Boleh balas dendam kat bapak lelaki yang tak bertanggungjawab tue.

Lecturer aku ada cerita, kakak dia ada ambik anak angkat. Bila anak angkat tu dah besar, boleh pikir dalam umur 5, 6 tahun, anak angkat dia tanya mak angkat dia. Dulu mak jumpa saya kat tong sampah ke longkang?? Sedih gila kowt..

Aku rasa kalau diorang jaga je anak hasil hubungan haram uh ape salahnya. Memang la mulut orang tak leh nak tutup tapi lama-lama diam gak kan. Aku ada la kenal dengan orang yang ada anak luar nikah ni, elok je dia jaga. Sekarang dah besar pun budak tu, nak masuk sekolah dah pun. Bahagia je, takde pun kena caci maki orang kampung. 

so, perempuan-perempuan kat luar sana, pikir dulu sebelum buat bertindak.





No comments: