02 August 2010

mandi manda di LUMUT


Semalam kan aku ada cakap yang selepas kitorang pergi Balai Bomba, kami ke Teluk Batik di Lumut. Aku drive kereta dari Seri Iskandar sampai la ke Setiawan. Terima kasih kepadan kawan-kawan kerana mempercayai diri ini yang baru je dapat lesen P. Dah la hujan lebat, aku pecut 80km/jam je. Pemandu yang berhemah kan aku ni. Bila singgah kat Petronas sebab masing-masing dalam kereta dah bising-bising lapar, Zakiah lak bawak. Laju gak la dia bawak. Akhirnya kami sampai ke Lumut dalam pukul 3.30 pm. Aku memang teruja sangat-sangat, yang Zakiah pulak jerit-jerit " wei! aku dah nampak pantai, nampak tak hotel tue banyak" dan eja pulak balas " tue rumah navy la weh"..
Sampai je, kami terus laju-laju cari kedai makan, yang Miedah dah pucat muka, pening kepala tak makan seharian.

Zakiah dengan Miedah tunggu makanan.
Miedah dah pening kepala.

Masing-masing muka lapar je.
Ayien dan Eja.

Aku je still cool. Cantikkan aku?? (tiba-tiba je)

aku tahu korang nak cakap " wah, cantiknya budak nie" =))

eja dan zakiah sibok gak nak tangkap gambar dengan topi pinjam

sampai je tepi pantai, letak beg terus kejar-kejar nak main air ombak.
Selepas tu, laju-laju kami pergi tukar baju nak mandi. Aku dengan Zakiah je yang mandi.
Gambar tak boleh di upload, saya malu... (tengah mandi tue tak tau malu lak)
Yang penting aku dapat naik Banana Boat buat pertama kalinya.


Miedah tido je kat kerusi yang disewa RM 2. Cian Miedah pening kepala. Die kate gambar nie menunjukkan dia macam anak orang putih. Adakah??

saya ditanam hidup-hidup. Dibantu oleh Zakia, Eja dan dua orang adik yang comel.

gambar nie dah nak balik, kuruskan saya.. ya kan saja.. jangan bantah

kami tangkap gambar dengan miedah yang tengah tidur, dia pun tak sedar kitorang tangkap gambar dengan dia. Lena gila!!

selepas dah penat tangkap gambar, mandi manda, jerit-jerit.. kami pun balik, eja dengan ayien tidur dalam kereta. Aku lak tahan mata nak borak dengan Zakiah, takut dia terlelap. Dalam sejam, kami sampai ke Seri Iskandar. Penat tapi seronok gila!!











No comments: