26 August 2010

Abah.. Anis Nak Abah Yang Dulu

Pukul 12.30 sampai di Hospital besar di Sungai Petani, Abah kena masuk wad. abah dah teruk, Abah tak boleh nak cakap, bangun pun tak larat. Dalam pukul 1 pm, masuk jumpa Abah kat wad Kenanga 7. Aku nampak je Abah pakai baju hijau hospital, duduk terbaring. Air mata aku memang tak boleh tahan dah, aku tak pernah tengok abah macam ni. Dah la aku dah lama tak jumpa abah, jumpa-jumpa abah sakit teruk macam ni. Abah terbaring je atas kecil, muka abah cengkung sangat. abah dah tak boleh cakap, tak faham apa yang abah cuba cakap. Sampai sekarang air mata aku tak kering-kering lagi. pertama kali aku suap abah makan, abah makan agar-agar.
Abah...
mana muka garang abah..
mana senyuman abah..
mana suara abah yang dulu..
Anis nak Abah yang dulu..
Anis rindukan Abah..



No comments: