26 August 2010

Abah.. Anis Nak Abah Yang Dulu

Pukul 12.30 sampai di Hospital besar di Sungai Petani, Abah kena masuk wad. abah dah teruk, Abah tak boleh nak cakap, bangun pun tak larat. Dalam pukul 1 pm, masuk jumpa Abah kat wad Kenanga 7. Aku nampak je Abah pakai baju hijau hospital, duduk terbaring. Air mata aku memang tak boleh tahan dah, aku tak pernah tengok abah macam ni. Dah la aku dah lama tak jumpa abah, jumpa-jumpa abah sakit teruk macam ni. Abah terbaring je atas kecil, muka abah cengkung sangat. abah dah tak boleh cakap, tak faham apa yang abah cuba cakap. Sampai sekarang air mata aku tak kering-kering lagi. pertama kali aku suap abah makan, abah makan agar-agar.
Abah...
mana muka garang abah..
mana senyuman abah..
mana suara abah yang dulu..
Anis nak Abah yang dulu..
Anis rindukan Abah..



24 August 2010

Abah...

Ya Allah, kau selamatkanlah Abah..
Kau pulihkan Abah seperti sedia kala.
Kau ampunkanlah dosanya, sesungguhnya Kau la Maha Pengampun Lagi maha Mengasihani.
Kau panjangkan umur Abah. 
Kau berikanlah kesihatan tubuh badan kepadanya.
aku memohon kepadamu Ya Allah.
Kau tabahkan hati Mama dan keluargaku untuk menempuhi dugaanMu ini Ya Allah.
Sesungguhnya Kau Maha Mendengar Lagi Maha Mnegetahui.
Amin..

Hari ini

pagi tadi sangat la kelam kabut nak pergi ke kelas. Semalam tido lambat, pukul 3 am baru boleh lena. sibuk study webcam dengan boyfi yang disayangi. Bila dah malam baru nak ajak on9. Mujur la saya nie sayang awak Nurudin Nazrin. dalam pukul 6.45 am, bangun solat subuh lepas tue tido balik sebab kelas aku pukul 10 am. tengah sedap mimpi indah-indah, tiba-tiba rasa kaki kena benda keras. Aku pun terjaga la dari tidur dan cepat-cepat cari handphone.
WAA... Jam dah pukul 9.30 am, laju-laju pergi mandi, pilih baju yang tak kedut, siap cepat-cepat. Ambil masa 15 minit je nak siap. Hebat tak aku??
Bila dah sipa tu, cari kad metrik lak tak jumpa. Ah, mesti tertinggal kat bilik zakiah nie.

Bila turun, Zakiah dah tunggu kat bawah. Tanya dia pasak kad metrik, dia kata dia tak nampak. Aku suruh dia balik tengah hari nanti dan cari.

Aku pergi ke kelas seperti biasa lepas tu, bila nak balik ke bilik tu. Aku pesan kat Zakiah. 
"zakiah, kalau kau jumpa kad metrik aku, kau meseg aku tau. 
kalau tak jumpa pun kau meseg aku gak"

Zakiah cakap " aku bagi jawapan sekarang je la". Dia lari sambil tunjuk yang dia pakai kad matrik aku.
Nampak kurang ajar ye di situ. Kesian aku tak memberi tumpuan sepenuhnya  dalam kelas fikirkan pasal kad metrik, rupanya kad metrik ada kat sebelah aku je. Cissssssss....=/

Test CTU

Tadi aku ada test CTU pukul 8.30 malam.
Dapat tahu ada Test pukul 5.00 petang tadi. Memang tak lah kalau aku nak study kan.
Balik bilik lepas kelas, aku tido, bangun-bangun pergi dewan makan, beli makanan.
Aku memang tak study tapi aku ada gak la baca pasal Qawa'id Fiqiyyah.
Bila waktu test dah gelabah letak nota port baek punya nak tiru.
Ustaz duduk je kat meja, cepat-cepat tengok nota. Dah sampai separuh masa terakhir, baru sedar yang tersalah format jawab test.
Ah, bengan gila. Dah la banyak nak tulis. 1 point setengah muka surat. Memang merapu la aku jawab soalan test tadi. haha
Dan aku tak sempat nak jawab semua soalan. Selamat tinggal 9 markah. 
so, padan muka kamu ye Anis Adila kerana tak study. Kau ingat kau pandai la..
Nanti dah dapat result test ni, aku bagitau ye. =))

22 August 2010

Minggu Lepas

cerita ni dah seminggu berlalu tapi sekarang baru aku nak cita. minggu lepas aku balik rumah my sweet home bersama suami bf tersayang. 
Balik rumah yang paling best sebab balik di temani oleh insan tersayang, dapat bawak kereta saya mama dan kat rumah ada ramai orang mokde dan keluarga tapi rasa macam sekejap je masa berlalu.

Jumaat, 13.8.2010 aku naik bas dari Seri Iskandar ke Kuala Lumpur pukul 1.30 pm, sampai dalam kol 4.30 pm. Jumpa sayangku dalam pukul 6.00 pm, kami laju-laju cari makanan nak berbuka dalam bas, bas ke Temerloh pukul 7.oo pm.
Kami pergi ke MCD dan saya dapat beli GCB untuk berbuka. Sangat sedap. Orang lain dalam bas berbuka roti dengan air mineral je tapi couple yang sweet mengada nak makan yang sedap-sedap dalam bas. Sampai rumah dalam pukul 9.00 pm.

Sabtu, 14.8.2010.. hari yang paling bahagia. Buat pertama kalinya mama percayakan aku bawak kereta dia pergi bandar Temerloh.
Nasib la kereta myvi selamat pergi dan pulang dengan bentuk asalnya.

Ahad, 15.8.2010.. Aku dan sayangku sama-sama naik bas ke Kuala lumpur pukul 10.30 am, gila pagi. bas aku ke Seri iskandar pukul 9.30 malam. aku dengan dia pergi...
Low yat beli ink printer..
Times Square - tgk wayang, window shopping.. aku dapat baju & kasut..=))
Chicken Rice Shop kami berbuka puasa bersama. =))

credit to NURUDIN NAZRIN

juadah berbuka puasa kami berdua..yummy




inilah my sayang yang teman aku 

MISS DA MOMENT..=))



nak BABY!!


Gatal sungguh dah gayanya aku ni. Kahwin belom lagi, nak anak pulak. Sabar anis sabar..


Dan aku tak paham kenapa betina perempuan kat luar sana sanggup buang anak merata-rata. Nak buang anak kucing pun tak sanggup, ni anak orang.. Bukan sekejap tanggung bayi dalam kandungan tu, 9 bulan kowt. Bukan anak orang, anak sendiri.
Orang yang dah kawin susah payah nak anak, mereka boelh buang-buang lak anak. kalau buang depan masjid ke, rumah orang ke, boleh di kira bertimbang rasa lagi, ini tidak buang kat tong sampah, longkang. Ape nak jadi orang sekarang ni.


sedih sangat tengok manusia diperlaku seperti haiwan.


Kalau diorang jaga baik-baik anak tu, mana tau satu hari nanti anak tu boleh bagi kesenangan bila kita tua nanti. Boleh balas dendam kat bapak lelaki yang tak bertanggungjawab tue.

Lecturer aku ada cerita, kakak dia ada ambik anak angkat. Bila anak angkat tu dah besar, boleh pikir dalam umur 5, 6 tahun, anak angkat dia tanya mak angkat dia. Dulu mak jumpa saya kat tong sampah ke longkang?? Sedih gila kowt..

Aku rasa kalau diorang jaga je anak hasil hubungan haram uh ape salahnya. Memang la mulut orang tak leh nak tutup tapi lama-lama diam gak kan. Aku ada la kenal dengan orang yang ada anak luar nikah ni, elok je dia jaga. Sekarang dah besar pun budak tu, nak masuk sekolah dah pun. Bahagia je, takde pun kena caci maki orang kampung. 

so, perempuan-perempuan kat luar sana, pikir dulu sebelum buat bertindak.





Cantik Itu Kamu Contest 4 You



Dah lama tak update blog, tiba-tiba update nak masuk contest kan.
Contest nie aku jumpa masa tgh blogwalking, aku tengok tarikh tutup 31.8.2010 nie. Sempat lagi aku nak mencuba nasib. =))

Contest nie dianjurkan oleh blog MAWARPINK dan CHANTEK ITU KAMU, syarat-syarat dan peraturan boleh la tengok kat sini.

Ini adalah gambar yang aku rasa boleh menang.. =))


=

Gambar yang cantik ini dipilih kerana bagi aku pemandangan dia cantik sangat even waktu ni aku takdelah cantik.. Harap gambar ini boleh menang.... =))






05 August 2010

kau TIKAM belakang aku

Kau memang saja cari pasal dengan aku kan. Aku bagi harta aku kat kau setiap bulan, kalau bukan aku pun mak aku pun bagi duit ko tapi macam nie ko balas jasa kami sekeluarga. 1 family aku bagi kau ape yang kau nak, cukup bulan mak aku bagi duit kat ko tapi ko wat taik lak kat aku. Semua benda aku wat tak kena, aku nak kol pakwe mama aku pun kau kacau. Nak on9 lak, ko susahkan hidup aku. Aku memang da bengang gila dengan kau ni, ikutkan hati aku.. aku nak bunuh je kau. Pastu takyah muncul-muncul dah dalam hidup aku. Ko ni cakap lebih tapi praktiknya tak.. Aku benci kau CELCOm!!!

02 August 2010

mandi manda di LUMUT


Semalam kan aku ada cakap yang selepas kitorang pergi Balai Bomba, kami ke Teluk Batik di Lumut. Aku drive kereta dari Seri Iskandar sampai la ke Setiawan. Terima kasih kepadan kawan-kawan kerana mempercayai diri ini yang baru je dapat lesen P. Dah la hujan lebat, aku pecut 80km/jam je. Pemandu yang berhemah kan aku ni. Bila singgah kat Petronas sebab masing-masing dalam kereta dah bising-bising lapar, Zakiah lak bawak. Laju gak la dia bawak. Akhirnya kami sampai ke Lumut dalam pukul 3.30 pm. Aku memang teruja sangat-sangat, yang Zakiah pulak jerit-jerit " wei! aku dah nampak pantai, nampak tak hotel tue banyak" dan eja pulak balas " tue rumah navy la weh"..
Sampai je, kami terus laju-laju cari kedai makan, yang Miedah dah pucat muka, pening kepala tak makan seharian.

Zakiah dengan Miedah tunggu makanan.
Miedah dah pening kepala.

Masing-masing muka lapar je.
Ayien dan Eja.

Aku je still cool. Cantikkan aku?? (tiba-tiba je)

aku tahu korang nak cakap " wah, cantiknya budak nie" =))

eja dan zakiah sibok gak nak tangkap gambar dengan topi pinjam

sampai je tepi pantai, letak beg terus kejar-kejar nak main air ombak.
Selepas tu, laju-laju kami pergi tukar baju nak mandi. Aku dengan Zakiah je yang mandi.
Gambar tak boleh di upload, saya malu... (tengah mandi tue tak tau malu lak)
Yang penting aku dapat naik Banana Boat buat pertama kalinya.


Miedah tido je kat kerusi yang disewa RM 2. Cian Miedah pening kepala. Die kate gambar nie menunjukkan dia macam anak orang putih. Adakah??

saya ditanam hidup-hidup. Dibantu oleh Zakia, Eja dan dua orang adik yang comel.

gambar nie dah nak balik, kuruskan saya.. ya kan saja.. jangan bantah

kami tangkap gambar dengan miedah yang tengah tidur, dia pun tak sedar kitorang tangkap gambar dengan dia. Lena gila!!

selepas dah penat tangkap gambar, mandi manda, jerit-jerit.. kami pun balik, eja dengan ayien tidur dalam kereta. Aku lak tahan mata nak borak dengan Zakiah, takut dia terlelap. Dalam sejam, kami sampai ke Seri Iskandar. Penat tapi seronok gila!!