23 July 2010

Keliru..

Baru aku perasan, aku tak konsisten dalam menggunakan kata ganti nama diri ( betul ke nie).
Sekejap saya la, aku la.. macam-macam ada.. Ye la, pasni aku bahasakan diri dengan "aku " tau sebab aku rasa cam bebas sikit..

Dalam kehidupan realiti pun aku macam ni gak, kejap saya, kejap aku, kejap kite, kejap nama ..
Aku bahasakan diri aku bila dengan kawan-kawan, saya dengan orang lebih tua, anis lak bila dengan family dan my baby boy..

Boleh dikatakan aku nie tak tetap pendirian la, tengok cara aku menulis pun boleh tau. Mak aku cakap kalau tulisan selalu berubah nie tak ada pendirian tetap. Nota aku ada pelbagai jenis tulisan, nasib baiklah aku tak pernah kena cop dengan cikgu aku suh orang wat keje aku. Kadang-kadang tulisan orang yang mengajar aku pun mempengaruhi bentuk tulisan aku. Kalau tulisan cikgu tu cantik, cantik gak la tulisan aku. Boleh dikatakn aku nie suka mengikut apa yang orang buat.

Nasib la dalam blog nie, tulisan sama je kan!! hahahaha..

No comments: