31 July 2010

sabtu aku PENUH!!

Hari yang memenatkan bagi aku. Malam tadi dah la tidur lambat, kemas-kemas barang.. Hari ni kena bangun awal, nak tdo balik perut lak wat hal. Lapar gile kowt!! Pastu sambung balik kemas barang.. (laa... ada gak barang aku teringgal.. KAPAS MUKA!!)Pagi tadi bila yang lain dah siap tapi aku masih lagi berpakaian baju Tshirt besar dengan seluar burok aku. Aku keluar rumah, boleh lak pakcik navy tu cakap GOOD MORNING!! aku dah lama la bangun, cuma tak mandi je lagi!!

Angkat-angkat barang masuk keta viva, 3 kali kena ulang alik masuk u. Sampaikan pakguard pun kira.. Lain kali nak pindah camni kena sewa lori bukan kereta. Aku tak dapat bayangkan kalau seorang ayah ada kembar 4 and then semuanya girls.. dapat U yang sama dan daftar hari sama2.. Memang kena sewa lori gak la takpun satu bas.

Dalam kol 1 pm waktu malaysia, kami pergi Balai Bomba Seri Iskandar, kitorang kena wat assignment berkaitan alarm system, jadi kenalah berjumpa pakcik-pakcik Bomba nak tau lebih lanjut tentang alarm tue..
Layan je la gambar-gambar kami ye!!

Kami bersama Encik Sarip, dialah yang menerangkan kepada kami tentang Alarm System tue..

Pakcik Manap yang sambut kedatangan kami.


Kami bergambar di atas bot keselamatan

Semua jakun nak bergambar dengan trak bomba

Dengan van bomba pun jadi!!

Selepas bomba nie, kitorang pergi Teluk Batik, next post aku letakkan gambar ye.. Sekarang aku dah penat gile.. Miedah dah bermimpi agaknya sebelah aku nie..

No comments: